Anak Kita dan Anak Mereka

Jumaat , 15/07/2005 – Anak-anak anda, adik-adik anda ataupun anak-anak murid anda malas belajar?, ponteng sekolah?, suka cabut kelas ? Berikut adalah paparan-paparan cerita anak-anak Palestin yang boleh diceritakan kepada mereka untuk dijadikan pengajaran….

Mahmoud (9 tahun) dari Beit Hanun, Gaza

Ketika tentera rejim menyerang dan merobohkan rumah-rumah di Beit Hanun, Gaza di atas alasan mencari pejuang-pejuang Palestin, sekolah Mahmoud turut dirobohkan. Bukan hanya sekadar jentolak yang meruntuhkan bangunan sekolahnya, kereta-kereta perisai juga turut melepaskan tembakan ke arah sekolahnya. Mujurlah murid-murid sekolah telah terlebih awal dikeluarkan daripada bangunan tersebut, jika tidak, ramai yang akan menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis. Persoalannya, sekolah telah hancur musnah, adakah ini bermakna Mahmoud dan rakan-rakannya tidak perlu bersekolah lagi? Jika mereka ingin bersekolah, ke mana mereka hendak pergi?, sekolah UNRWA yang terdekat, letaknya adalah lebih kurang 20 km daripada kawasan kem pelarian mereka. Adakah ini bermakna mahmoud dan rakan-rakan terpaksa melupakan masa depan mereka?

Pelajar di Malaysia lena di ulik keselesaan

Alhamdulillah, cikgu-cikgu Mahmoud merupakan para pendidik yang sebenar. Walaupun tiada bagunan sekolah yang boleh menampung murid-murid, mereka semua telah menjadikan rumah-rumah mereka sebagai kelas. Jika mereka mahu belajar Matematik, rumah cikgu Sa’id merupakan tempat untuk belajar matematik. Jika mereka hendak belajar bahasa Inggeris, mereka akan ke rumah cikgu Hannan, jika mereka ingin belajar sejarah dan geografi, jika mereka ingin belajar sains, mata pelajaran yang amat diminati oleh anak-anak Palestin di kem tersebut, mereka akan ke rumah cikgu Abdul Karim, rumah cikgu Hannadi adalah tempatnya dan jika mereka ingin belajar mata pelajaran-mata pelajaran agama, masjid di dalam kem itu merupakan pusat pengajiannya. Syeikh ‘Ata merupakan guru agama bagi kebanyakan anak-anak di kem tersebut.

Bagi Mahmoud, suasana belajar seumpama ini amat menyeronokkan. Apa yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap sekolah mereka mungkin berjaya meruntuhkan fizikal bangunan sekolah, tetapi tidak sekali-kali akan dapat meruntuhkan semangat perjuangan di dalam jiwa mereka. Seperti pesan mudir (guru besar) sekolah mereka usai sekolah tersebut dirobohkan: “Kita sudah hilang segala-galanya, rumah , sekolah, kampung, tanah air dan juga harta, tetapi kita tidak sekali-kali akan hilang jiwa dan akal kita. Mereka boleh menghancurkan segala-galanya, tetapi semangat jihad dan juga semangat juang dalam diri kamu semua sekali-akli tidak akan dapat mereka rampas!, lengkapkan diri kamu dengan pelajaran, insha Allah masa depan yang lebih cerah akan menjadi milik kita…itu adalah janji Allah!”.

Bagaimanakah sikap kita sebagai rakyat Malaysia pula ?

Hind (12 tahun) Tebing Barat:

Tembok pemisah yang dibina oleh rejim Israel telah menyukarkan kehidupan rakyat Palestin di Tebing Barat. Ada yang sukar untuk pergi kerja, kerana rumah mereka dipisahkan daripada tempat kerja oleh tembok tersebut. Ada yang sukar untuk berhubung dengan keluarga dan anak-pinak, kerana rumah mereka yang jauhnya hanya 10 sehingga 20 meter telah dipisahkan oleh tembok tersebut. Malah ada yang sukar untuk pergi ke ladang-ladang zaitun dan juga buah-buahan milik mereka, kerana tembok telah memisahkan di anata rumah-rumah petani-petani tersebut dari ladang-ladang mereka. Tembok pemisah itu merupakan puaka yang telah merubah samasekali gaya idup rakyat palestin. Kini kehidupan mereka tidak seperti dahulu lagi, kehidupan mereka menjadi serba sulit, payah dan hanya Tuhan yang tahu bilakah semuanya akan berakhir. Mungkin rakyat Palestin boleh bergembira mendengar resolusi Majlis Umum PBB yang telah mengharamkan pembinaan tembok tersebut dan mendesak agar rejim Zionis merobohkannya, namun sehingga kini pembinannya masih diteruskan, dan tiada apa-apa tindakan pun yang dikenakan ke atas pihak rejim!

Nyah kau semua ! Tiada pelajaran untuk kalian


Hind, sebagai seorang murid sekolah rendah di Tebing Barat tidak terlepas daripada kesulitan hidup disebabkan oleh tembok pemisah tersebut. Sekolahnya terletak di sebelah dalam tembok, manakal rumahnya di luar kawasan tembok. Dahulunya, sebelum tembok ini dibina, Hind akan berjalan kaki selama 20 minit untuk sampai ke sekolah bersama rakan-rakannya. Dia tidak pernah lambat ke sekolah, begitu juga dengan rakan-rakannya. Memang tabiat murid-murid Palestin, kelewatan masuk kelas adalah merupakan sesuatu yang mengaibkan dan memalukan bukan hanya sekadar diri mereka, malah keluarga mereka. Cikgu Jumanah pernah mengatakan, “Jika kamu sengaja lambat hadir ke kelas, bermakna kamu melambatkan usaha kemerdekaan negara kita!”. Pernah ada rakan Hind yang terlambat ke kelas kerana ditahan dan diperiksa oelh tentera Zionis yang berkawal di jalanraya, telah menangis sepanjang hari, walaupun tidak dimarahi oleh guru kelasnya. Apabila dipujuk oelh gurunya, dia mengatakan: “Saya tidak mahu kerana saya lambat, rakyat Palestin akan terus hidup merana dan dibunuh oleh Yahudi!”.

Sekarang kehidupan mereka telah berubah. Unutk melepasi tembok pemisah, mereka perlu melalui masuk yang saiznya amat kecil untuk ribuan penduduk keluar masuk menggunakannya. Mereka terpaksa berbaris berjam-jam untuk melepasi tembok tersebut. Bukan hanya sekadar beratur, malah para tentera yang berkawal membuka pintu tersebut mengikut kehendak hati mereka. Kadang-kadang mereka membukanya pada pukul sebelas, kadang-kadang mereka membukanya pada pukul sembilan, kadang-kadang mereka membukanya hanya untuk seketika dan kemudian menutupnya kembali tanpa sebarang alasan. Yang pasti ini menjejaskan kehidupan para pelajar-pelajar Palestin yang terpaksa menggunakan pintu tersebut untuk ke sekolah. Ada waktunya Hind sampi ke kelas pada pukul sepuluh, ada kalanya pada pukul sebelas, dan ada kalanya apabila di asampai ke kelas, loceng tamat tempoh persekolahan sessi pagi telah pun berbunyi. Hidup mereka benar-benar tertekan…

Mujurlah guru-guru di sekolah tersebut memahami dan ikhlas di dalam mendidik anak-anak bangsa mereka. Kebiasaannya, bagi murid-murid yang lambat ke kelas, para guru akan mengadakan kelas tambahan dan tiusyen percuma bagi mereka. Walaupun tanpa sebarang bayaran “over time”, mereka tetap gigih melakukan itu semua demi mendidik anak-anak umat mereka yang dahagakan ilmu dan bimbingan. Yang menariknya, walaupun tembok pemisah yang besar itu menghalang, anak-anak Palestin ini tidak pernah putus asa untuk pergi ke sekolah untuk menimba ilmu.

Adakah anak-anak kita mempunyai semangat segigih ini ?

Lou ay (10 tahun) Refah, Gaza.

Apabila rejim Zionis menyerah Refah dengan membunuh orang-orang awam dan merobohkan rumah-rumah penduduk di kemp pelarian Palestin di Refah, rumah Lou ay telah turut sama dirobohkan. Lou ay masih ingat, siren yang dipasang oleh para tentera rejim untuk memberi amaran kepada para penduduk agar meninggalkan rumah masing-masing. Pada waktu itu Lou ay sedang menyiapkan kerja rumahnya, ibunya sedang menyusukan adiknya, manakala bapa Lou ay tiada di rumah menziarahi jiran mereka, Abu Samir yang cedera ditembak oleh tentera rejim ketika berdemonstrasi di jalan raya sehari sebelum itu. Ketika mereka sedang kelam kabut mencapai apa-apa yang perlu, tentera rejim telah menendang pintu rumahnya dan menjerit menyuruh mereka keluar. Maki hamun dalam bahasa Arab dan bahasa Ibrani menyulami jerkahan mereka. Lou ay, ibunya Fatimah dan adiknya yang masih bayi, Mais, bergegas meninggalkan rumah mereka dengan mencapai apa sahaja yang sempat dicapai oleh tangan mereka. Lou ay masih teringat ibunya menjerit, “beg sekolah kamu!, beg sekolah kamu!” ketika mereka bergegas keluar sambil but salah seorang tentera Zionis hinggap di punggungnya dan juga di pinggang ibunya yang hampir-hampir membuatkan ibunya tersungkur.

Kami dahagakan ilmu !


Di malam itu, dengan mata kepalanya sendiri, Lou ay menyaksikan rumahnya dan rumah-rumah jirannya yang lain telah dirobohkan. Sesekali terdengar bunyi berbalas tembakan di jalan besar. Itu komando al-Qassam yang datang untuk menghalau tentera-tentera Zionis, getus hati Lou ay. Sayangnya, bunyi berbalas tembakan itu hanya seketika dan tidak dapat menghalang rumahnya daripada dirobohkan. Malam tiu mereka semua terpaksa bermalam di jalan raya. Suasana sejuk di musim peralihan dari musim bunga ke musim sejuk telah membuatkan kebanyakan mereka kesejukan. Mujurlah badan-badan kebajikan rakyat Palestin datang membantu mereka dan menempatkan mereka di pejabat-pejabat dan juga markaz-markaz mereka. Kata ibu Lou ay, ‘mereka ini orang HAMAS, sebab itu mereka membantu kita!”. Lou ay tahu tentang itu, memang HAMAS di dalam hati setiap anak-anak Palestin seperti dirinya adalah penyelamat mereka, dan juga pelindung sebenar rakyat Palestin. Walaupun bapanya bukan orang HAMAS, tetapi Lou ay ingin menjadi orang-orang HAMAS yang banyak membantu rakyat Palestin, banyak mendidik anak-anak Palestin sepertinya, dan yang lebih penting dapat membunuh dan menentang para tentera rejim Zionis yang kejam dan zalim.

Keesokan harinya, ayah dan ibunya membawa Lou ay pergi ke puing-puing rumah mereka yang kini tidak seperti hari semalam. Pesan ayah, urusan rumah serahkan kepada ayah, nanti kita bina yang baru, tetapi kamu, cari beg sekolah dan buku-buku kamu, hari ini kamu akan ke sekolah!

Di sekolah, tidak seorang pun dari jiran-jirannya yang kehilangan tempat tinggal ponteng. Kesemuanya hadir bersama-sama Lou ay demi memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu, walaupun rumah mereka telah tiada…pesan Syeikh Maad, imam di salah sebuah masjid di kem mereka, “Rumah di dunia ini boleh dirobohkan, tetapi rumah kita di syurga kekal selama-lamanya, oleh itu carilah jalan untuk membina rumah di syurga, bermula dengan mencari ilmu!”

Bagaimana anak-anak Malaysia kita?