Syeikh Raed Salah Bebas !

Umm Fahm, Isnin , 18/07/2005 – Syeikh Raed Salah (gambar) yang juga terkenal dengan jolokan “Syeikh al-Quds” telah dibebaskan hari ini oleh pihak rejim setelah menjalani hukuman penjara selama dua tahun.

Beliau yang juga ketua gerakan Islam di dalam kawasan Palestin yang dijajah (1948) telah dipenjarakan di atas beberapa tuduhan yang tidak berasas, antaranya, terlibat di dalam menjana dana untuk gerakan HAMAS.

Menurutnya, sejurus setelah dibebaskan, hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya adalah semata-mata untuk menutup mulutnya dari mendedahkan konspirasi kerajaan rejim Zionis untuk merobohkan masjid al-Aqsa. Beliau menegaskan bahawa ancaman terhadap masjid al-Aqsa bukan hanya datang dari kumpulan pengganas Yahudi, tetapi juga dari kerajaan rejim Zionis sendiri.

Beliau telah dipindahkan segera ke tempat kelahirannya di Umm Fahm usai pembebasannya.