go! Syaikh Raed Shalah go!

Isnin , 18/07/2005 –
Zionis-Israel semalam telah membebaskan pemimpin Gerakan Islam Palestin 1948, Syaikh Raed Shalah. Pembebasan beliau dilakukan 2 hari awal dari tarikh yang sepatutnya bagi mengelakkan sambutan besar-besaran yang akan dilakukan oleh penyokong beliau.

Seperti dikeluarkan oleh IoL, Raed dibebaskan setelah ditahan Zionis-Israel selama dua tahun atas tuduhan melakukan mengumpul dana untuk kepentingan gerakan Hamas. Turut ditangkap ketika itu ialah Dr. Sulaiman Aghariyah, bekas ketua baldah Umm Fahm, Mahmod Abu Samrah, Taufiq Abdul Lathif, Naser Khalid.
Zionis-Israel tidak dapat membuktikan tuduhan ke atas Raed Shalah. Namun begitu, rakan-rakan yang lain Raed masih lagi di penjara berikutan hasil perjanjian Zionis-Israel dengan wakil Raed. Dalam perjanjian itu juga, Raed dilarang untuk memasuki masjid al-Aqsa selama 4 bulan.

Ratusan rakyat Palestin telah berkumpul di bandar Umm Fahm bagi menyambut Syaikh Raed. Turut kelihatan beberapa pimpinan gerakan Islam antaranya, Kamel Khateb, Syaikh Hashim Abdur Rahman.