Isnin , 18/07/2005 – Radio Voice of Aqsa telah mengecam hebat kempen ugutan Kementerian Dalam Negeri PA yang menentang badan maklmat bebas tersebut dan mendesak kementerian terbabit untuk berhenti dari berbuat demikian.
“Kementerian Dalam Negeri PA sengaja mensasarkan kepada kami dan badan maklumat bebas lain di dalam usaha untuk menyembunyikan kebenaran. Saat ini amat diperlukan untuk kami menyatakan kebenaran, oleh yang demikian sebarang polisi yang menghalang sebarang pendapat daripada dikeluarkan tidak akan berkesan.
Kami menyeru Menteri Maklumat PA, Nabil Sha’ath untuk bertanggungjawab dan menghentikan kenyataan-kenyataan yang mencurigakan yang mencabar professionalisme media Palestin” radio tersebut berkata di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu dan satu salinan telah diterima oleh Pusat Maklumat Palestin (PIC).
“Berikutan pencerobohan berterusan oleh Israel ke atas rakyat dan tanah kami, kami merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan apa yang benar dan mempertahankan mereka yang tercedera dan menjalankan tugas professional kami
tanpa sebarang rasa takut, kerana kami memberi peluang yang sama kepada semua warga Palestin tanpa mengira warna dan ideologi di dalam komuniti Palestin untuk menyampaikan pendapat mereka secara bebas”, radio tersebut menegaskan.
Radio tersebut telah dikecam oleh Pejabat Maklumat Kementerian Dalam Negeri sebagai radio yang mengeluarkan hasutan yang ingin membawa kepada perpecahan nasional Palestin”, satu tuduhan yang telah dinafikan sekeras-kerasnya
oleh radio terbabit.
Sami Abu Zuhri, jurucakap bagi pihak di ebing Gaza telah mengeluarkan amaran kepada usaha Kementerian Dalam Negeri yang menghalang gerakan itu daripada menyampaikan kenyataan amarannya, dan di dalam masa yang sama
menuduh kementerian terbabit cuba untuk menggagalkan sebarang peralatan/kelengkapan media sama ada ia milik Hamas ataupun bukan.