Sharon arahkan tentera Israel hancurkan pejuang Palestin

Isnin , 18/07/2005 – Ariel Sharon, PM Israel, pada hari Ahad mengarahkan tentera Israel untuk bersungguh-sungguh menghancurkan perjuangan kumpulan Palestin yang dikatakan melancarkan roket dan mortar ke arah penempatan Israel di Tebing Gaza.

Sharon, dalam mesyuarat mingguan kabinet, turut mengarah tentera Israel untuk melancarkan buruan
besar-besaran pimpinan dan aktivis pejuang Palestin. Shaul Mofaz, Menteri Pertahanan, mengesahkan tentera Israel akan melancarkan serangan besar-besaran di Tebing Gaza dan Tebing Barat dalam usaha untuk mematahkan pejuang Palestin membolehkan pelan pengunduran Israel berjalan lancar.

Ketua Tentera Israel juga mengesahkan mereka dalam proses memburu dan membunuh aktivis Palestin dalam usaha memberhentikan serangan komando Palestin di negeri Hebrew itu.
Dalam perkembangan yang lain, radio Hebrew berkata seorang Menteri Israel, Yisrael Kats,
mendesak kerajaan Israel untuk menghapuskan seluruh pejuang Palestin di Tebing Gaza.

“Kuasa harus digunakan untuk memberhentikan serangan roket Palestin”, kata menteri itu di radio berkenaan. Kabinet Israel menetapkan Ahad ini untuk berbincang mengenai peningkatan serangan Palestin terhadap penempatan Israel.