Isnin, 01/08/2005 – Angka kematian(baca:syahid) di penjara Zionis-Israel kian bertambah. Seorang tahanan Palestin di penjara Zionis-Israel syahid akibat sakit yang kronik. Zionis-Israel bertindak mengabaikan kesihatan tahanan Palestin tersebut. Kejadian ini berlaku di penjara Naqab.
Seperti yang dikeluarkan oleh Markaz filistini lili?lam, tahanan itu, Jawwad Abu Mughsib (18) adalah dari Jihad Islami. Sumber-sumber dari tahanan di sana menyebutkan, Abu Mughsib memang mengalami masalah kesihatan dan keadaannya semakin parah. Malangnya, keadaan beliau tidak pernah diambil hirau oleh Zionis-Israel mahupun pihak berkuasa Palestin.
Sementara itu, Sufyan Abu Zayidah, menteri urusan tahanan Palestin menegaskan, Abu Mughsib mengalami penyakit ginjal dan dibiarkan oleh Israel. Abu Zayidah menambah lagi, ramai tahanan Palestin yang mengalami penyakit serius dan kritikal dan Zionis-Israel menolak untuk memberikan rawatan.