Zionis-Israel hancurkan tanaman zaitun

Qalqiliah, Jumaat , 05/08/2005 Di saat pembicangan tertumpu pada persiapan penarikan dari Semenanjung Gaza, Zionis-Israel terus menerus melakukan kerosakan terhadap tanaman zaitun di Azun dan Kafr Tsuluts di Qalqiliah. Dalam pada itu, di tempat yang berasingan, Zionis-Israel menutup beberapa pintu masuk utama.

Sumber menyebutkan, jentera berat Zionis-Israel dengan sokongan perkerja yang begitu ramai telah memusnahkan sebahagian besar tanaman zaitun. Keluasan itu dianggarkan 241 hektar. Sementara itu, 500 hektar tanah akan di masukkan ke dalam kawasan yang di kelilingi oleh tembok haram. Ini kerana Zionis-Israel ingin meluaskan kawasan penempatan Maaleah Shamrun.

Sementara itu di Nablus, Zionis-Israel telah menutup dan menghalang jalan Al Badlan sebelah timur Nablus. Jalan itu merupakan jalan yang biasa digunakan oleh rakyat Palestin. Penutupan jalan itu dilakukan dengan tanpa sebab. Zionis-Israel turut menangkap 2 remaja Palestin di bandar Bethlehem.