Hebron , Jumaat , 05/08/2005 Tentera Zionis-Israel melakukan serangan terhadap 2 rakyat Palestin semalam. Sumber perubatan Palestin di Hebron menyebutkan mangsa yang terlibat ialah Yusuf Ahmad Al Usaili dan Ammar Sultan Abdul Halim Abu Saninah telah di masukkan ke hospital.
Mereka berdua diserang oleh tentera Zionis di tempat yang berbeza. Mereka mengalami kecederaan dan bengkak-bengkak di seluruh badan.
Di Gaza pula dilaporkan, brigade Al Quds Jihad Islami mengaku bersalah kerana melepaskan roket dan terkena rumah rakyat Palestin di Bethanon menyebabkan seorang meninggal dan sebahagian lain mengalami kecederaan. Brigade Al Quds mengaku akan bertanggungjawab secara penuh terhadap semua akibat kesalahan ini baik secara moral atau hukum syariat. Ini kerana serangan itu dilakukan dengan tidak sengaja yang mana serangan itu bertujuan menyerang penempatan Israel di Sidrut.