Jumaat , 05/08/2005 Sayap tentera pembebasan Palestin, Briget Abu Ali Mustafa, semalam berkata bahawa merekalah yang bertanggungjawab melancarkan serangan terhadap platon askar di kawasan berhampiran penempatan Israel di Netzae Hazani, selatan Khan Younis ke selatan semenanjung Gaza, mencederakan beberapa askar.
Briget tersebut menekankan bahawa serangan tersebut adalah satu tindakbalas biasa ke atas kecuaian jenayah terhadap penduduk Palestin.