Kamel Khateb: Kami Tidak Akan Tinggalkan Al Aqsa

Isnin, 08/08/2005 Kamel Khateb, Setiausaha Agong Gerakan Islam di Palestin 1948 menyatakan bahawa mimpi dan angan-angan Zionis-Israel untuk mewujudkan haikal di masjid Al Aqsa tidak akan dapat dicapai selamanya.

Beliau menegaskan kepada Zionis-Israel, walaupun Zionis-Israel menghalang rakyat Palestin untuk masuk al-Aqsa, membuat serangan hari demi hari, namun perlu diingatkan bahawa Zionis-Israel akan hancur dan lenyap manakala al-Aqsa akan tetap berdiri kukuh.

Beliau menambah lagi, ?Allah dan para malaikat-Nya menjadi saksi bersama bumi dan langit bahawa kami tidak akan meninggalkan Al Aqsa sendirian.?

Khateb turut menyatakan, jika umat Islam dan bangsa Arab tidak peduli akan Al Aqsa maka musuh Islam akan menghancurkan masjid suci ini.