Isnin, 08/08/2005 –Penduduk di Semenanjung Gaza tidak sabar-sabar lagi menunggu pengunduran Pihak Tentera Israel dari kawasan berkenaan yang dijadualkan berlaku pada pertengahan bulan ini.
“Proses Pengunduran ini dianggap sebagai satu kejayaan besar buat rakyat Palestin di dalam perjuangan menentang Penjajah Israel,” ujar seorang penduduk.
Adapun ramai yang berpendapat bahawa pengunduran ini merupakan satu kejayaan di dalam
usaha mereka mengejar kemerdekaan, namun terdapat juga sebilangan penduduk yang
mengkhuatiri serangan dendam dari Israel.
Keyakinan rakyat Palestin tehadap janji-janji yang dibuat oleh Israel amatlah tipis berikutan pencabulan ke atas beberapa perjanjian sebelum ini. Oleh itu, kejayaan yang dicapai hanya boleh diraikan setelah Tentera-tentera Israel berundur dan meninggalkan Gaza secara keseluruhan.