Selasa , 09/08/2005 – Brigade Syuhada al-Aqsha, semalam mengumumkan bertanggungjawab atas kecederaan 2 rakyat Israel dalam kejadian serangan yang berlaku di Ramallah. Menurut sumber Markaz Filistin lil?ilam, Brigade al-Aqsa menegaskan, operasi tersebut dilakukan dalam rangka membalas atas kezaliman Shava Amr yang dilakukan oleh tentera Zionis-Israel. Kejadian itu mengakibatkan 4 rakyat Palestin mati syahid.
Sementara itu, tentera Zionis-Israel dilaporkan masih menduduki sebuah rumah milik keluarga Hajjah di wilayah al-Hawawaiz. Tentera Zionis-Israel turut menyerbu masuk apartmen 3 tingkat. Mereka memunggah barang-barang dan memaksa semua penghuni untuk berkumpul di tingkat bawah.
Sementara itu, pemilik rumah memohon lembaga HAM menghentikan kezaliman tentera Zionis-Israel yang telah menduduki rumah dan mengusir penghuninya. Beliau berserta keluarganya tidak dapat masuk ke rumah mereka sendiri kerana di halang oleh tentera Zionis-Israel.