Israel Enggan Membayar Pampasan Mangsa Insiden Shava Amr Nazareth

Rabu , 10/08/2005 – Kerajaan Israel mengesahkan bahawa mereka tidak akan membayar wang pampasan kepada mangsa-mangsa yang terlibat di dalam insiden Shava Amr yang mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang terkorban manakala 16 lagi mengalami kecederaan.

Insiden yang berlaku pada Hari Khamis lepas itu berpunca apabila seorang tentera Israel dari Organisasi Kach (sebuah pertubuhan fanatik yahudi), Eiden Natan, melepaskan tembakan secara membabi buta di dalam sebuah bas di bandar Shava Amr. Antara yang terbunuh adalah pemandu bas terbabit Michel Bahuth, 56, dan penumpangnya Nader Hayek, 55, Hazar Turki, 23 serta adiknya Dina, 21. Penyerang terbabit turut terbunuh di dalam insiden berkenaan akibat dibelasah oleh orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Sumber dari majlis perundangan Israel menyebut bahawa kejadian tersebut tidak boleh diambilkira sebagai serangan pengganas dan sebarang bentuk pampasan tidak perlu dibayar kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Ini kerana undang-undang Israel tidak mengiktiraf organisasi Kach

Sebagai sebuah pertubuhan pengganas. “Namun begitu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi membincang dan menyelesaikan perkara ini,” ujar sumber berkenaan. Pada Hari Jumaat lepas, sebuah pertubuhan pengganas Israel mengaku bertanggungjawab di dalam serangan terbabit dan berjanji akan melancarkan lagi serangan ke atas rakyat Palestin.