Bekas ketua Rabai negara Hebrew berfatwa

Rabu , 10/08/2005 – Bekas ketua Rabai negara Hebrew, Abraham Shabeira, menyokong tindakan menentang penarikan tentera dari semenanjung Gaza dan tebing barat dan menyeru tentera Israel untuk tidak mematuhi arahan berundur.

Shabeira mengeluarkan ‘fatwa’ melarang penyerahan tanah Yahudi kepada mereka yang bukan Yahudi. Penyuaraan terhadappenarikan diri ini semakin bertambah apabila tarikh berkuatkuasanya perintah tersebut semakin dekat.
Sementara itu, jadual waktu mengandungi masa penarikan diri itu telah diedarkan kepada penduduk Israel di Semenanjung Gaza menyeru mereka meninggalkan tempat tersebut secara sukarela. Jadual tersebut di tandatangani oleh Komander tentera Israel bahagian Selatan, dan Hariel menurut radio Hebrew.

Radio juga melaporkan bahawa pihak tentera akan secara pastinya mengistiharkan Semenajung Gaza sebagai kawasan tentera yang ditutup bermula Ahad tengah malam dan menggalakkan penduduknya memulakan perpindahan pada Isnin berikutnya.