Rabu , 10/08/2005 – Satu sumber yang bertanggungjawab di kumpulan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya pada hari Isnin tindakan pelajar Fatah terhadap seorang ahli Pakatan Islam, sayap akademik Hamas di Universiti Beit Zeir .
Dalam satu kenyataan akhbar yang difakskan kepada PIC, sumber itu mengatakan perbuatan tersebut adalah sesuatu yang memalukan dan tidak dapat diterima dimana Pemuda Fatah yang ada kaitan dengan pihak keselamatan PA di universiti itu, mengoyakkan banner yang dipampang di universiti tersebut yang tertera kritikan terhadap pelajar universiti tersebut yang gagal untuk menubuhkan majlis pelajar, dimana kegagalan ini boleh menjejas kepentingan pelajar.
Ahli Pakatan telah mengambil video perbuatan tersebut dimana ada unsur-unsur yang menyerang pakatan Islam tersebut dan ahlinya dan dalam masa yang sama memburukkan imej universiti dan perjuangan pelajar-pelajarnya.
Pihak keselamatan PA sedang cuba untuk mewujudkan suasana kecoh dan tidak selamat dalam universiti-universiti di Palestin.