Rabu , 10/08/2005 – Kerajaan Israel baru-baru ini menghalang beberapa pemuda Palestin dari memasuki Masjid Al-Aqsa tanpa memberikan sebarang alasan lanjut berkenaan larangan tersebut.
Sumber menyatakan bahawa beberapa orang pemuda Palestin telah dihalang dari memasuki
kawasan Masjid berkenaan ketika mereka hendak menunaikan solat.
Seorang pekerja Palestin yang bertugas di bawah Badan Wakaf Palestin turut diberhentikan
dari melaksanakan tugas-tugasnya di masjid itu selama enam bulan ekoran larangan
yang dibuat.
Sumber juga menyebut bahawa larangan tersebut dilihat sebagai langkah Pihak Penceroboh
untuk mengambil alih Masjid Al-Aqsa dengan menghalang orang-orang Islam dari memasukinya.
Sementara itu, Tentera Penceroboh menahan seramai 92 buruh Palestin di Bandar Asklan dengan alasan bahawa mereka tidak mempunyai permit kerja yang sah. Sekitar beberapa minggu yang lepas, tentera-tentera penceroboh menggiatkan lagi usaha penangkapan warga Palestin yang bekerja di dalam zon hijau. Dalam sebuah insiden yang berkaitan, seorang belia Palestin turut dibelasah oleh tentera rejim di Bandar Khadir yang mengakibatkan kecederaan teruk di hampir keseluruhan bahagian badan. Pemuda tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapat rawatan.