Mushir Al-Masri: Pengunduran Israel Hasil Dari Penentangan Bersenjata

Khamis, 25/08/2005 – Jurucakap Kumpulan Hamas, Mushir Al-Masri, berkata bahawa cita-cita Israel untuk memperluaskan lagi wilayah jajahannya musnah akibat tentangan yang dilancarkan oleh pejuang-pejuang Palestin sejak lima tahun lepas.


Rundingan demi rundingan yang diadakan selama 10 tahun tidak membuahkan apa-apa hasil tetapi kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah hasil perjuangan bersenjata yang dilancarkan ke
atas pihak penjajah.

Mushir, di dalam kenyataannya kepada akhbar, memberitahu bahawa kekalahan Israel di
Semenanjung Gaza menandakan tempoh jajahan Israel akan berakhir di Palestin.

Jurucakap Hamas itu juga berkata bahawa kumpulan pejuang akan sentiasa memainkan peranan
di dalam menggagalkan usaha Israel untuk memperluaskan wilayah taklukannya di Tebing Barat meskipun wujudnya tembok pemisah.

One reply on “Mushir Al-Masri: Pengunduran Israel Hasil Dari Penentangan Bersenjata”

Comments are closed.