Isnin, 29/08/2005 – Juru cakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengatakan, operasi serangan syahid di Ber Sabu yang Ahad lalu adalah sebagai serang balas ke atas kezaliman dan kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin di Shava Amr, Ramallagh dan Tulkarm.
Sami menegaskan kepada Markaz filistini lil?ilam, sikap tegas dan konsisten pejuang Palestin sangat jelas, iaitu tetap komitmen dengan masa tenang dan pada masa yang sama komitmen membela rakyat Palestin. Jika kekerasan dan kezaliman Zionis-Israel berterusan, maka para pejuang Palestin akan terus melakukan serang balas. Perlu diingatkan, pejuang-pejuang Palestin tidak pernah merasa takut dengan ancaman-ancaman Zionis-Israel.