Isnin, 29/08/2005 – Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz, meramalkan konfrontasi yang bakal berlaku di Tebing Barat di antara Pihak Tentera Israel dengan Puak Pejuang Palestin setelah Israel berundur dari Semenanjung Gaza.
Media Rasmi Israel memetik kenyataan Shaul Mofaz di dalam sebuah persidangan mingguan Kabinet Israel di mana arahan-arahan telah diberikan kepada Pihak Keselamatan untuk mengambil langkah berjaga-jaga di dalam menangani isu ‘keganasan’. Kenyataan menteri itu dibuat berikutan serangan bom
di Beer Sheeba yang mengakibatkan puluhan Rakyat Israel mengalami kecederaan akibat letupan di perhentian bas utama bandar berkenaan.
Walaubagaimanapun, Dr. Mousa Abu Marzouk, seorang ahli Badan Politik Hamas, di dalam sebuah wawancara media berkata bahawa Pihak Israel tersilap di dalam pengandaian bahawa kumpulan-kumpulan pejuang kini berpindah ke Tebing Barat bagi melaksanakan serangan-serangan baru. Kerana, pada hakikatnya, para pejuang sememangnya telah berada di situ sejak dari bermulanya Intifada.