Selasa, 30/08/2005 – Menteri Wakaf Palestin, Sheikh Yousef Juma Salame, pada hari Isnin, mengecam RZ atas tindakan mereka meletakkan lebih banyak kamera dan pagar elektronik di atas bumbung Masjid Al-Aqsa di kawasan dijajah Jerusalem.
Syeikh itu berkata RZ bertindak sepertimana mereke bertindak sewaktu meletakkan kamera canggih ultra di pintu-pintu masjid al-Aqsa sebulan setengah yang lepas. Beliau berkata lagi tindakan PHI itu dilakukan sewaktu umat Islam meraikan peristiwa Israk Mikraj.
Menteri itu menegaskan kerjaan haram Israel bertanggungjawab ke atas apa-apa yang akan terjadi akibat perbuatan mereka itu, menghalang kerja-kerja penyengaraan dan menghalang orang Islam daripada
memasuki Masjid al-Aqsa dan sebaliknya membenarkan kaum Yahudi dengan bebas dan menghina kesucian Masjid al-Aqsa.
Salame memuji penduduk Arab Jerusalem dan Palestin yang tinggal di sana sejak 1948, mengatakan
mereka merupakan penjaga Masjid Al-Aqsa dalam usaha mereka menentang secara konsisten
mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa.
Syeikh telah meminta OIC, Jawatankuasa Quds, Arab, dan badan-badan Islam untuk sama-sama
mengambil kisah dan berat terhadap nasib al-Aqsa dan Jerusalem.