HAMAS : Pihak Berkuasa Palestin (PBP) Tidak Berhak

Khamis, 01/09/2005 – Jurucakap Hamas, di sememanjung Gaza, Sami Abu Zuhri, menyatakan bahawa pihak pihak berkuasa Palestin (PBP) tidak berhak menentukan nasib penduduk Palestin dan senjata mereka yang digunakan untuk menghalau pihak tentera Israel keluar dari Semenanjung Gaza.

Kenyataan Abu Zuhi dilakukan setelah PBP mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak membenarkan kewujudan sebarang kumpulan bersenjata di semenanjung Gaza. “Sesiapa yang bercakap mengenai senjata penentnagan dengan cara ini sebenarnya menghina perasaan
rakyat Palestin” tambah beliau.

Sementara itu Abu Zuhi menolak wujudnya kesepakatan untuk mengadakan perbincangan dengan PBP di negara teluk.”Laporan tersebut tidak benar. Kami tidak mempunyai rancangan untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan PBP di mana-mana negara teluk. Namun begitu kami bersetuju terhadap jemputan pihak Mesir, Omar Suleiman, ketua perisikan Mesir, untuk mengadakan
perbincangan di anrara Palestin-Mesir di Kaherah tidak lama lagi” ujar beliau.

Beliau menambah bahawa pertemuan itu akan memfokuskan untuk menilai kata sepakat Kaherah
yang dibuat sebelum ini dan membentangkan program Palestin baru selepas penarikan Yahudi.