Khamis, 01/09/2005 – Menteri Penerangan Pihak Berkuasa Palestin, Dr Nabil Sha`ath (gambar) menegaskan bahawa tidak ada kemajuan dalam rundingan dengan kerajaan penjajah Israel berhubung isu lintasan Rafah selepas kerajaan Mesir dan Palestin menolak usul Israel untuk mentadbir lintasan itu selepas pengunduran Israel.
Sha`ath, dalam kenyataannya kepada pemberita di bandar Gaza pada hari selasa, mendedahkan
bahawa pihak Mesir dan palestin sedang berusaha ke arah merealisasikan lintasan bebas di Rafah yang akan membolehkan rakyat palestin keluar masuk tanpa sebarang pemeriksaan tentera Israel.
Usul tidak realistik pihak Israel itu adalah untuk merencatkan semangat rundingan Mesir
berhubung perkara ini.
“Mereka (Israel) telah mengusulkan untuk mengawasinya selama 6 bulan, tapi kami tahu
bahawa tempoh enam bulan itu akan diteruskan sehingga infiniti seperti yang telah dilalui sebelum ini.
Justeru itu, kami tidak akan jatuh dalam perangkap ini sekali lagi”, kata beliau.
Sementara itu, Menteri Perang Israel, Shaul Moffaz menegaskan bahawa kerajaannya sedang
merancang untuk membina pagar keselamatan di sekeliling Genting Gaza secepat mungkin,
selepas pengunduran Israel dari situ.