Omar Sulaiman dan Ariel Sharon bertemu bincang sempadan

Khamis, 01/09/2005 – Sumber Zionis-Israel menyatakan, satu pertemuan akan diadakan di antara ketua badan perisik Mesir, Jenderal Omar Sulaiman dan PM Israel, Ariel Sharon.

Radio Zionis-Israel menyatakan, pertemuan itu akan membincangkan soal-soal mekanisme penempatan pasukan keselamatan Mesir di pintu masuk Shalahuddin dan masalah-masalah sempadan. Mesir dan Zionis-Israel setuju isu pintu masuk Shalahuddin diserahkan kepada Knesset untuk memutuskannya.

Sebelum itu, Nabel Syats menteri media Palestin menegaskan, beliau belum melihat adanya kemajuan yang positif dalam perundingan antara Zionis-Israel dan Palestin soal persempadanan di Rafah. Beliau turut menegaskan bahawa Mesir dan Palestin menolak jika Zionis-Israel mengatur persempadanan tersebut pasca pengunduran.

Syats juga menegaskan, Zionis-Israel telah mencadangkan beberapa cadangan yang hanya bertujuan untuk menggagalkan persetujuan Mesir dalam isu sempadan ini.