Penetap Yahudi hina orang Kristian di Jerusalem

Rabu, 07/09/2005 – Polis Israel melaporkan bahawa seorang penetap Yahudi telah mencemuhi dan meludahi perarakan keagamaan yang dianjurkan oleh orang Kristian Ortodoks di jajahan Jerusalem.

Pihak polis juga telah melaporkan bahawa orang Yahudi fanatik itu telah ditahan ekoran perbuatan meludah di perarakan tersebut dan mencemuh perarak-perarak.

Orang Kristian telah menunjuk perasaan sebagai bantahan ke atas sebuah program ‘Israeli TV’ April yang lepas kerana program itu telah mengeji bekas ‘Pope’ John Paul II.