Jumaat , 25/06/2010 –Pendakwa raya atasan tentera Israel telah bermula untuk mendengarkan bukti menentang seorang askar yang disyaki membunuh dua wanita yang mengibarkan bendera putih semasa perang Gaza, media tempatan melaporkan pada hari Rabu.
Perbicaraan askar simpanan yang tidak dikenalpasti bermula pada hari Selasa, dengan Ketua Tentera Peguam Jeneral mendengar Avichai Mandelblit penghujahan dari peguam-peguam yang mewakili tertuduh. Askar tersebut tidak hadir pada perbicaraan selama dua jam yang menilai sebarang dakwaan yang dia mungkin menghadapi, harian Haaretz berkata.
Sumber-sumber tentera dipetik oleh Jerusalem Post yang berbahasa Inggeris berkata terdapat “bukti jelas” terhadap askar tersebut yang boleh menjurus kepada dakwaan atas pembunuhan.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : yusra