Mishaal merayu kepada keluarga Kafarna dan Masri menghentikan pertumpahan darah

Isnin , 05/12/2005 – Khaled Mishaal, Ketua Biro Politik Hamas pada hari Ahad merayu kepada keluarga Kafarna dan Masri di Beit Hanun dengan serta merta memberhentikan pertumpahan darah dan mengingatkan bahawa perjuangan Palestin adalah dengan Israel.

Mishaal, dalam satu mesej yang ke udara di radio Aqsa di Bandar Gaza, meminta ahli kedua-dua keluarga tersebut jangan mengikut perasaan dan memberi amaran bahawa apa yang berlaku di Beit Hanun merupakan pertumpahan darah yang tidak berasas.

Pemimpin Hamas itu meminta kedua-dua keluarga agar mencari jalan perdamaian, bersatu dan kembali ke medan perjuangan Palestin yang sebenar yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Palestin.

“Jangan biarkan kesedihan kehilangan yang disayangi menghalang kita daripada meneruskan perjuangan Palestin yang sebenar, kerana kesedihan itu lagi disenangi daripada menumpahkan darah perjuangan”, Mishaal menjelaskan.

Pergaduhan antara dua keluarga, yang bermula daripada perkara yang kecil kemudiannya berkembang menjadi besar sehingga meragut enam nyawa, lima daripada kedua-dua keluarga dan seorang polis sementara 60 orang cedera.