Hamas menyifatkan ancaman Mofaz sebagai satu ?keganasan negara?

Rabu, 08/03/2006 –
HAMAS, pada Selasa lepas (7/3/2006) menyifatkan bahawa ancaman Sharul Mofaz (gambar) untuk membunuh pemimpin gerakan tersebut terutanya pimpinan Palestin Ismail Haneyya sebagai satu keganasan negara.

Sami Abu Zuhri, juru cakap Hamas di semenanjung Gaza, berkata bahawa ancaman Israel tidak akan ?menakutkan kami, dan kami menolak polisi ugutan sebegini dan kami komited dengan hak rakyat kami walau dengan apa akibat sekalipun?.
Pegawai Hamas menyeru komuniti dunia agar memikul tanggungjawab ? satu jenayah yang dilakukan oleh seluruh dunia? dalam membalas kenyataan Mofaz.

Beliau mendakwa bahawa ?ancaman Zionis tersebut bermaksud untuk menekan dan mengugut pergerakan Hamas, tetapi menekankan bahawa dari pengalaman lalu Hamas tidak pernah tunduk dengan anacaman sedemikian?.

Mofaz hari ini memperbaharui kenyataan dan ancamannya terhadap pemimpin Hamas di dalam radio Israel, menyatakan bahawa semua pemimpin Hamas termasuk Ismail Haneyya tidak akan terlepas dari ancaman bunuh.

Menteri perang tersebut menyatakan bahawa polisi asasin tersebut telah terbukti berkesan pada masa lalu dan juga pada masa akan datang.