Hamas menolak kenyataan pegawai pihak berkuasa Palestin

Rabu, 08/03/2006 –
Hamas menolak kenyataan yang disuarakan oleh Al-Taib Abdul Rahim, setiausaha presiden pihak berkuasa Palestin, yang mana beliau menuduh Hamas merancang untuk menggulingkan ketua pihak berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas .


Abdul Rahim berkata pada hari Isnin, tindakan Hamas dalam Majlis Perundangan Palestin membatalkan perluasan bidang perundangan untuk Abbas yang disetujui oleh Majlis sebelum Hamas, menunjukkan usaha Hamas untuk menggulingkan ketua tersebut.

Jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza, Sami Abu Zuhri berkata dalam sidang akhbar, “Kami terkejut dengan kenyataan tersebut kerana ia bercanggah dengan kedudukan Abbas dan ia tiada kaitan dengan institusi presiden.”

Beliau juga menegaskan bahawa Abdul Rahim sepatutnya mengetahui dengan terperinci mengenai hubungan antara Abbas dan Hamas adalah lebih daripada kenyataan tersebut, yang mana Abdul Rahim selalu menyuarakan kepada Hamas dan ketua-ketuanya.

Sambil menyatakan bahawa kenyataan tersebut bersamaan dengan usaha terkutuk Israel dan kempen barat menentang pergerakan Hamas, Abu Zuhri menggesa Abdul Rahim agar tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian di masa hadapan. Beliau menerangkan, perbuatan tersebut sebagai provokatif dan asing berbanding semangan dan etika orang Palestin.