Mahkamah Israel Tidak Bebaskan Datuk Bandar Qalqila

Rabu, 08/03/2006 – Tindakan mahkamah tentera tidak membebaskan Syeikh Wajih Qawas Datuk Bandar Qalqilia yang dipenjarakan selama 4 tahun tanpa perbicaraan dibantah oleh Hamas dan mendesak beliau dibebaskan segera.

Peguamnya yang memfailkan untuk pembebasannya disebabkan oleh kesihatannya yang semakin serius akibat sakit jantung dibantah oleh pihak pendakwa dan bantahan itu dibenarkan oleh mahkamah.

Sementara pihak penjajah Israel membebaskan Raslan Dukhan, 31,setelah ditahan selama 42 bulan. Tiga adik-beradiknya yang ditahan bersamanya juga dibebaskan. Talal ayahnya berkata Raslan baru dapat melihat anak perempuannya yang lahir selepas 6 bulan dia ditahan.