Rabu, 08/03/2006 – Menteri Pertahanan Israel, Shaul Movaz (gambar) kembali mengemukakan ancaman melancarkan operasi pembunuhan terhadap pemimpin-pemimpin utama Hamas yang kini menerajui pemerintahan Palestin, termasuk Ismael Haniyah, Perdana Menteri Palestin.
Seperti yang dipetik daripada Markaz Filistini Lili?lam, Movaz mengatakan kepada radio Israel bahawa semua pemimpin Hamas termasuk Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyah tidak akan aman dari operasi pembunuhan yang akan dilakukan oleh pihak Israel. Movaz mengatakan bahawa operasi pembunuhan ini telah membuktikan kekuatan mereka dan pihaknya akan terus melakukan operasi ini pada masa akan datang.
Menurut Movaz lagi, badan keamanan Israel memiliki maklumat tentang niat sejumlah kumpulan bersenjata Palestin yang akan menghantar puluhan pejuang Palestin untuk melakukan serangan terhadap Israel. Sebelumnya tentera Israel telah melancarkan serangan pembunuhan terhadap dua aktivis Brigade Al-Quds, iaitu sayap ketenteran Jihad Islami di Gaza. Akibatnya, kedua-dua aktivis tersebut menemui syahidnya dan tiga pemuda Palestin mengalami kecederaan. Mereka adalah Raid Al-Baths (10), Mahmod Al-Baths (15) dan Ahmad Suwasi (16) sementara dua pemuda lainnya mengalami luka parah kesan tembakan. (atb)