Mishaal Lapor Pada Abbas Hasil Lawatan Hamas

Khamis, 09/03/2006 –

Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas pada hari Isnin melaporkan hasil lawatan pimpinan Hamas ke beberapa negara Arab, Islam dan Moscow.

Sumber berita Hamas mengatakan lawatan Hamas itu adalah untuk membawa berbincang isu-isu yang berkaitan dengan kewangan, ekonomi rakyat Palestin dan kerajaan baru Palestin.

Pimpinan Hamas menegaskan pentingnya kerjasama antara semua pihak pejuang Palestin dalam memastikan hak rakyat dipenuhi dengan berkesan. Mishaal menegaskan Hamas akan terus mendapatkan nasihat dan kerjasama Abbas untuk kebaikan dan kepentingan Palestin.