Categories
Berita Semasa

Sheikh Al-Azhar gesa Abbas hentikan tangkapan dan seksaan ke atas penduduk Tebing Barat

Rabu , 05/01/2011 – Sheikh Tertinggi Universiti dan Masjid Al-Azhar di Kaherah, Ahmed Attayb menggesa Presiden Umum, Mahmoud Abbas menghentikan tangkapan dan seksaan terhadap penduduk Tebing Barat yang dianggap musuh-musuh politiknya. Hal ini bagi melindungi kestabilan penduduk Palestin, mengakhiri perbalahan dengan seterunya serta mengukuhkan barisan hadapan dan dalaman Palestin.

Dalam pertemuannya dengan pegawai-pegawai dari Tebing Barat, Sheikh Attayb mengkritik pihak berkuasa Palestin (PA) kerana menutup stesen radio Al-Quran di Bandar Nablus dan memberi amaran bahawa tindakan itu menyinggung perasaan umat Islam.

Cendiakiawan Mesir itu turut menyeru seluruh dunia supaya berdiri teguh menentang kezaliman rejim Zionis ke atas tempat-tempat suci orang Islam dan Kristian di tanah milik Palestin yang dirampas rejim Zionis. Beliau juga menggesa masyarakat Arab supaya memberi tekanan kepada penggubal-penggubal keputusan antarabangsa agar menghentikan pembinaan penempatan-penempatan haram Yahudi serta aktiviti-aktiviti
mereka di Jerusalem.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa