Isnin, 13/03/2006 –
MP Jamal Saled, ketua akauntan dan auditor awam di Palestin, telah mengesahkan bahawa 10% kakitangan awam Pihak Berkuasa Palestin menerima 60% daripada jumlah gaji keseluruhan.
Beliau berkata kepada seminar ekonomi yang dianjurkan oleh forum pendidikan pada hari Jumaat di bandara Gaza, lebihan 90% kakitangan lagi, yang dikategorikan sebagai kelas miskin, menerima baki 40% jumlah gaji tersebut. Saleh mengesahkan ramai kakitangan awam menerima gaji lebih daripada sebulan, sambil menyatakan sesetengah kakitangan menerima gaji setinggi 10,000 dolar sebulan atau lebih.
“Sesetengah pihak dalam masyarakat sedang mengaut keuntungan dengan mengekalkan hubungan antara ekonomi kita dengan penjajahan”, beliau menegaskan, dinyatakan dengan perdagangan dengan Israel mencapai 95% dalam trafik import-export sementara perdagangan dengan Mesir contohnya, hanya mencapai 0.6%. Beliau juga berkata, perangkaan terbaru menunjukkan kadar pengangguran mencapai 50% daripada jumlah tenaga manusia dan kadar kemiskinan sekitar 70%, sedangkan sebelum 1994, kadar pengangguran tidak melebihi 15%.
Menteri tersebut menerangkan, ia adalah satu cabaran kepada bantuan asing kerana ia mengandungi harga yang terpaksa dibayar dalam mengiktiraf Israel. Negara-negara penderma membuat keputusan menghentikan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin, sebelum kemenangan Hamas dalam pilihanraya, kerana perleluasan rasuah dalam institusi tersebut.
Saleh juga menyampaikan contoh kes rasuah, salah seorang daripada pegawai Pihak Berkuasa Palestin mengarahkan anak saudaranya untuk membuat kajian mengenai penstrukturan semula sebuah kementerian. Kos dianggarkan tidak melebih 10,000 dolar maksima, tetapi pegawai tersebut memberi 1.2 juta kepada anak saudaranya atas usaha tersebut!