HAMAS Tuntut Keputusan Mahkamah Antarabangsa Dilaksanakan

NABLUS, 13/7/2004 – Massej Online – Gerakan Hamas menyambut baik keputusan Mahkamah Antarabangsa di Lahoya mengenai tembok keselamatan Israel. Hamas menilainya sebagai keputusan yang benar dan sah untuk membebaskan rakyat dari penganiayaan serta menghancurkan tembok Israel.

Hamas menyatakan bahawa tembok aparthied Israel adalah merupakan bukti kukuh
kewujudan rejim Israel yang selalu hidup dalam ilusi keamanan dan bersembunyi di sebalik tembok, keselamatan ketat, kawat berduri, elektrik, dan tugu ketenteraan. Menurut Hamas, Israel yakin bahawa dirinya mampu menjaga diri dan membuat rancangan peta politik baru di kawasan Timur Tengah dan menguasai Palestin dengan resolusi-resolusi politiknya yang lemah.

Hamas menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Antarabangsa di Lahoya mengenai tembok keselamatan yang dibina oleh Israel di wilayah Palestin sebagai bukti lain bahwa Zionis Israel hanya rejim yang selalu melanggar undang-undang dan kesepakatan antarabangsa. Ia juga bukti jelas bahawa semua usaha untuk mengemas dan menghiasi bentuk Israel yang menjadi penjajah dan perampas busuk adalah kelompok pengganass, faktor perosak, provokator perang dan situasi genting di Timur Tengah. Kelompok ini dianggap Hamas sebagai kelompok biang permusuhan, penganut politik gasak dan perampas tanah Palestin, peyumbat rakyat ke dalam penjara besar dan penghalang jalan menuju negara Palestin merdeka.

Hamas juga menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Antarabangsa menyuruh Israel
menghapuskan tembok ini kerana dianggap melanggar undang-undang. Namun realitinya Israel yang telah biasa menutup telinganya dari kecaman dunia menolak keputusan ini dan bersikap degil meneruskan pembangunan ini. bahkan pernyataan Sharon dilihat meremehkan dan melecehkan keputusan Mahkamah Antarabangsa.

Dalam pernyataan terakhirnya, Hamas menekankan pentingnya meneruskan semua
usaha dan bantuan dari semua pihak untuk menghentikan dan menghapuskan tembok apartheid Israel yang merupakan penjara bagi rakyat Palestin di Tebing Barat dan al-Quds. Semua media massa di Palestin dan negara Arab
harus lebih berani menelanjangi semua skandal dan kejahatan Israel serta akibat buruk yang dialami rakyat dari tembok ini.

Tembok haram Israel banyak beri kesan pada kehidupan rakyat Palestin.

1 thought on “HAMAS Tuntut Keputusan Mahkamah Antarabangsa Dilaksanakan

Comments are closed.