Rabu, 03/05/2006 – Buah kesabaran rakyat dan pemerintah Palestin mulai dirasa. Ir. Alauddin Al A?raj, Menteri Ekonomi Palestin mengumumkan Isnin (01/05) penurunan harga gas NPG
dari 43 syekal (sekitar 10 USD) menjadi 36 syekal atau turun 16.2%.
Seperti disiarkan oleh Markaz filistini lili?lam, penurunan ini meringankan beban berat rakyat Palestin akibat tindakan Israel an embargo antarabangsa. Dalam pernyataanya Al A?raj mengatakan, penurunan harga ini merupakan keperluan mendesak bagi semua warga Palestin. Beliau menambah, pemerintah Palestin sedang dan akan terus bekerja bersungguh-sungguh menurunkan harga barang keperluan asas dan bahan bakar di tengah kemelut tekanan dunia antarabangsa, embargo ekonomi dan embargo dana yang dihadapi pemerintah.
Ketika kadar pengangguran dan kemiskinan tinggi yang dihadapi Palestin harga gas yang tinggi adalah masalah tersendiri bagi mereka.
Menurut Al A?raj kenaikan harga minyak berkait dengan kenaikan minyak mentah antarabangsa. Namun begitu, beliau menyatakan keyakinan kepada kemampuan pemerintah Palestin dalam rangka mempertahankan harga minyak agar tidak terus naik hatta berusaha untuk menurunkannya.