Sumber Hebrew: Israel Melagakan Sengketa Bersenjata

Isnin, 08/05/2006

Akhbar Ha’aretz mendedahkan sindiket sebuah syarikat pembuat senjata Israel menandatangani perjanjian dengan kerajaan Nigeria untuk membekal pesawat intip untuk meninjau dan membanteras pihak bersenjata dan puak pemberontak di negara itu.

Akhbar itu melaporkan lagi pihak Israel sentiasa mewujudkan peluang-peluang permusuhan dan persengketaan di Afrika supaya mereka boleh melariskan produk ketenteraan mereka.

Israel telah memainkan peranan yang penting dalam perang saudara di Ivory Coast 2005 dimana mereka telah menjual sejumlah pesawat tersebut walaupun UN tidak membenarkannya.