Isnin,
08/05/2006 –
Harian al-Quds Palestin hari ini melaporkan, Kerajaan Russia meberikan bantuan dana untuk rakyat Palestin bernilai US$10 juta. Pemerintah Palestin telah menerima
bantuan tersebut pada hari Ahad (7/5).
Bantuan tersebut akan diperuntukan bagi sektor pendidikan dan kesihatan, sebagaimana yang telah disepakati bersama antara DR. Rafiq al-Husaini, Ketua Pegawai pemerintah dan Kedutan Besar Russia seperti yang dimaklumkan kepada DR. Abdurrazaq, Menteri kewangan Palestin.
Secara rinci bantuan ini akan diagihkan bagi menangani wabak selsema burung iaitu sebanyak US$1 juta, US$340,000 untuk prasarana ubatan di Kementerian Kesihatan, US$850,000 untuk Pertubuhan Bulan Sabit Merah, US$380,000 untuk hospital Islam di al-Quds, US$370,000 untuk beberapa buah hospital dan US$3 juta lagi adalah untuk membeli beberapa keperluan lainnya.
Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah antarabangsa mengumumkan tentang kunjungan
mereka ke wilayah Nablus untuk menziarahi keluarga para tawanan Palestin di wilayah tersebut yang akan dimulakan pada hari ini (Ahad 7/5).
Mereka mengatakan, kunjungannya ini dilakukan sehubungan dengan larangan pemerintah Israel kepada warga Nablus untuk mengunjungi anak-anak mereka yang dipenjarakan oleh pemerintah Israel semenjak beberapa minggu yang lalu.