Isnin, 08/05/2006
– Menteri Luar PA, Dr. Mahmoud Al-Zahhar, menyatakan lawatannya ke negara Arab sebagai ?berjaya dan menguntungkan?, dan menekankan pentingnya peranan Mesir dan Jordan didalam membantu rakyat Palestin.
Semasa temuramah di televisyen Palestin, beliau menyatakan telah memberi taklimat kepada ketua-ketua negara yang dilawatinya berkaitan reformasi kerajaannya dan program yang digubal serta hak rakyat Palestin untuk menentang pencerobohan tanah oleh Israel, kaedah serta jalan untuk menyelesaikan krisis kewangan semasa dalam arena Palestin.
Beliau menegaskan hubungan dengan Mesir dan Jordan membuahkan hasil yang ketara walaupun pembatalan jadual lawatannya ke Amman oleh kerajaan Jordan, dan menegaskan kerajaannya serta seluruh rakyat Palestin amat mengambil berat tentang keselamatan di Jordan.
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa hubungan diantara kerajaannya dan institusi presidensi PA amat ?baik?, dan menyatakan Perdana Menteri PA, Ismail Haneyya, telah menjuarai dalam mengaktifkan semula beberapa kementerian yang ?lumpuh? akibat daripada arahan semasa dariapda pihak Presiden.
Zahhar seterusnya menyeru semua kumpulan Palestin untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan keganasan dan/atau berbalas tuduhan pada media, dan menggesa pihak media untuk memainkan peranan nasionalis dalam meleraikan apa-apa ketegangan dalaman.
Beliau memberitahu bahawa kerajaannya telah diminta oleh negara-negara Arab untuk mengkaji semula inisiatif yang diisytiharkan dalam tahun 2002 di Beirut, dan menekankan kerajaan PA masih mempunyai tugasan berkaitan 2 perkara didalam inisiatif itu, iaitu berbaik-baik dan mengiktiraf Israel.Menurutnya lagi beliau akan berangkat ke negara-negara Muslim dan Asia Tenggara, termasuk Iran,Malaysia, Indonesia dan China dalam minggu terakhir bulan ini, dan menyatakan beliau telah berjumpa dengan menteri luar negara-negara Eropah ?yang utama?.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan nama-nama negara Eropah itu buat masa ini untuk mengelakkan mereka daripada merasa malu, dan menegaskan semuanya akan dijelaskan dalam ?masa yang sesuai?.