Ayuh bersatu demi kestabilan dan kesatuan nasional

Selasa,

09/05/2006 –

Gerakan kemerdekaan Islam, Hamas, pada Isnin lepas menggesa ke semua pecahan kumpulan di Palestin bekerjasama mengurangkan ketegangan di arena Palestin, dan menyeru mereka agar kembali kepada dialog nasional dalam menyelesaikan semua topik-topik perbezaan bagi menjamin kestabilan dan kesatuan nasional

Jurucakap kepada gerakan tersebut di Tebing barat, Adnan Asfor berkata di dalam kenyataannya kepada PIC bahawa kejadian malang yang berlaku di daerah Khan Younis, selatan semenanjung Gaza sepatutnya tidak memberi kesan kepada kesatuan Palestin, dan kesemua persatuan Palestin sepatutnya bertanggungjawab bagi mengelakkan cubaan IOF bagi mengadu dombakan persengketaan di antara rakyat Palestin.

Satu perselisihan faham yang kecil berlaku di antara askar Hamas-Fatah di Khan Youns menyebabkan tiga kematian, dua darinya dari Fatah dan seorang dari Hamas. Pemimpin kedua pihak telah mengawal kejadian tersebut.

Bagi pihaknya, Menteri Musheer al-Masri, penggubal undang-undang termuda di dalam pimpinan Palestin kini, menyesali kejadian malang tersebut dan menggesa rakyat Palestin menolak seruan dari
kumpulan-kumpulan yang ?bekerja di dalam gelap bagi membantu musuh Zionis? dan berjuang bagi menarik rakyat Palestin ke dalam perang saudara.

Dia menggesa Kementeria dalam negeri PA untuk segera mengadakan siasatan. Menteri Awkaf PA, Sheikh Nayef al-Rejoub, menekankan bahawa kerajaan beliau akan berdepan dengan apa sahaja kosnpirasi yang bertujuan merosakkan kesatuan negara Palestin dan kepentingan umum rakyatnya.

Beliau menambah bahawa kejadian di Khan Younus tidak akan berlalu tanpa di siasat, kerana kerajaan memandang serius kejadian sedemikian.

Sementara itu, Briged Qassam, sayap tentera Hamas, menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku kerana ia dengan sengaja ditimbulkan oleh Fatah yang memulakan tembakan kepada briged tersebut yang bergegeas mahu menyelamatkan tiga tentera mereka dari diculik oleh tentera fatah. Mereka mengesahkan bahawa mereka telah menggunakan semua cara bagi menyelesaikan isu tersebut, tetapi peluru fatah telah dilepaskan membunuh Wasfi Shaker Shahwan, 23, dari Briged Qassam.