Selasa, 09/05/2006
–
Gerakan Hamas menafikan sekerasnya laporan berita akbar Sunday Times Britain yang menyatakan bahawa Brigade Izzuddin Al Qassam, sayap ketenteraan gerakan Hamas merancang untuk membunuh Presiden Mahmod Abbas dan wakil gerakan Fatah, Muhammad Dahlan.
Seperti disiarkan Markaz filistini lili?lam, Ustaz Izzat Ar Risq, anggota biro politik Hamas Ahad (07/05) menegaskan bahawa gerakan Hamas menafikan
sekeras-kerasnya berita tersebut yang dipercayai didalangi oleh Israel dan pihak Barat. Ini kerana katanya, senjata Brigade Izzudin Al Qassam hanya akan ditujukan kepada dada penjajah Israel dan di wilayah Palestin yang diduduki Israel.
Beliau menambah, bahawa pihaknya menyakini bahawa rakyat dan bangsanya tidak mungkin
memiliki fikiran sebegitu. Laporan berita seperti itu hanya merupakan usaha Israel untuk menyalakan api fitnah dan mewujudkan suasana tidak tenteram di Palestin. Apatah lagi setelah rakyat Palestin dengan bebas memilih cara demokratik melalui pilihan raya yang disertai oleh Hamas.
Anggota biro politik Hamas ini menyatakan bahawa pertubuhan-pertubuhan Israel yang menyebarkan maklumat seperti ini menunjukkan dilema yang dihadapi Israel dan Amerika setelah embargo ekonomi dan politik tidak menjejaskan rakyat Palestin kerana Hamas mendapat sokongan dan dokongan penuh negara-negara Arab dan Islam.