Rabu, 17/05/2006 –
Selepas ahli-ahli penghulur bantuan dari empat pertubuhan antarabangsa membuat keputusan untuk menyambung penghantaran bantuan sumbangan kepada rakyat-rakyat Palestin, penulis Adnan Al-Sayegh dan enam lagi rakyat Palestin yang lain di Jenin tidak lagi meneruskan mogok lapar yang bertahan selama 12 hari tersebut. Mereka mogok lapar kerana membantah sekatan keperluan kepada rakyat Palestin yang dilakukan oleh pihak pengurusan Israel dan Amerika.
Pemogok-pemogok tersebut mengeluarkan kenyataan persejutuan untuk memperbaharui bantahan mereka supaya mereka yang terbabit menghentikan serangan terhadap rakyat-rakyat Palestin, dan menyuarakan rasa kesyukuran dan terima kasih di atas kerjasama penduduk-penduduk Jenin yang telah menyokong mereka semasa mogok lapar tersebut.
Pada masa yang sama, MP Emad Nofal menegaskan bahawa sekatan bantuan terhadap rakyat-rakyat Palestin tersebut akan berakhir tidak lama lagi kerana kekuatan rakyat-rakyat Palestin yang berdiri tegak untuk menentang kuasa-kuasa kejam yang bongkak dan mereka akan dapat memusnahkan sekatan tersebut.