Khamis,
18/05/2006 – Perdana menteri pemerintahan Palestin, Ismail Haneyya, telah menyeru pemberita Palestin dan sumber media yang lain agar berkerja di tanah Palestin agar mereka menjadi neutral, objektif dan secara terperincinya mengesahkan sebarang berita sebelum melaporkannya, dengan menegaskan bahawa kerajaannya telah menyebar luaskan kebebasan menyuarakan pendapat.
Dia juga menyeru pemberita Palestin agar memainkan peranan nasional mereka kearah mendedahkan ketidakadilan sekatan ekonomu yang dikenakan ke atas rakyat palestin dan kerajaan pilihan mereka dengan tujuan untuk menidakkan demokrasi sebenar pertama di Palestin dan di kawasan sekitarnya.
Kenyataan Perdana Menteri itu datang sewaktu simposium yang dikelolakan oleh Persatuan Thuayaa di hotel Grand Palace isnin lepas yang dihadiri kebanyakannya oleh ahli-ahli PLC dan wakil tempatan serta media-media antarabangsa.
Satu kajian dilakukan menyatakan bahawa 94 peratus rakyat palestin menonton tv tempatan.