Bravo Norway !

Jumaat, 19/05/2006 – Norway memberi visa kepada penggubal undang-undang Hamas Yahya Mousa untuk melawat komuniti Palestin di sana dan untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan Norway.

Mousa memuji tindakan Norway itu dan menggesa negara lain yang begitu berat menerima Hamas berikutan tekanan daripada Israel dan Amerika untuk mengkaji semula secara positif dan bersedia untuk mendengar pandangan Hamas. Pintu-pintu perbincangan dan perhubungan perlulah dibuka secara luas bukan menyorok di sebalik tabir kata beliau lagi.

Mousa akan bertemu MP dan pegawai kerajaan Norway dengan matlamat membuka lembaran baru hubungan Palestin-Norway di mana Hamas menganggap Norway merupakan satu pusat penting di Eropah.

Menteri Pelarian Atef Odwan dalam masa yang sama telah pun melawat Sweden dan Norway dan bersedia terbang ke Jerman atas jemputan. Ramai berpendapat Hamas sedang memecah sekatan-sekatan yang dikenakan Amerika, Israel dan sesetengah negara EU dalam memeras ugut Hamas untuk menggugurkan segala perjuangan mereka menentang Israel.