Jumaat, 19/05/2006
–
Pejuang Palestin telah melancarkan serangan dengan menggunakan peluru berpandu buatan sendiri ke atas kem askar Israel di Timur daerah Khan Yunis Rabu lalu (18/05/06). Serangan tersebut adalah serangan balas berikutan serangan kejam Israel ke atas penduduk Palestin di Semananjung Gaza dan Tebing Barat
Sementara itu, Briged Pejuang Aqsa (AMB) yang merupakan sayap bersenjata pejuang Fatah mengaku bertanggungjawab melancarkan dua peluru berpandu ke atas penempatan Israel di Sderot.
Dalam kenyataan Rabu lalu, AMB menyatakan serangan tersebut adalah pembalasan ke atas pencerobohan kejam terhadap rakyat Palestin.
Penempatan Israel di Kfaz Azza juga menjadi sasaran apabila dua peluru berpandu buatan sendiri dilancarkan oleh kumpulan yang sama.