Rejim Zionis menyerang Jenin, menguatkan cengkaman.

Jumaat, 19/05/2006


Segerombolan rejim Zionis yang lengkap bersenjata telah menyerang bandar Jenin di Tebing Barat pada hari Khamis dengan tembakan mesingan dan memusnahkan beberapa buah rumah warga Palestin, serta menggunakan beberapa buah rumah yang lain sebagai pos tentera.

Menurut sumber tempatan di bandar itu, rejim Zionis itu telah dibantu oleh beberapa buah kenderaan tentera telah menceroboh bandar itu dari arah berlainan awal hari Khamis, dan juga telah menahan tiga orang remaja Palestin.

Sumber itu juga menyatakan tentera itu juga telah mendirikan pos kawalan secara mengejut pada jalan-jalan utama dan cabang-cabangnya yang menghubungkan dengan bandar-bandar lain di Tebing Barat, membuat sekatan kepada pengguna jalanraya serta pemandu warga Palestin, dan juga tidak membenarkan rakyat Palestin yang berumur 30 tahun kebawah untuk melepasi sekatan yang dibina.

Di khemah pelarian Duhaisah, selatan Bethlehem, kejadian yang pencerobohan pada hari dan waktu yang sama juga turut berlaku dan sumber tempatan melaporkan rejim Zionis telah menahan Nidal Mohammed Khalawi, seorang warga Palestin yang berumur 24 tahun di rumahnya sebelum membawanya ke suatu lokasi yang tidak diketahui.