Isnin, 22/05/2006
–
China telah menolak protes oleh pihak rejim Zionis
berhubung dengan jemputan menteri luar China terhadap menteri luar Palestin, Dr Mahmoud Zahar untuk menghadiri persidangan hubungan Arab-China.
Jurucakap menteri luar China berkata China tetap
akan menjemput Zahar dan 22 menteri luar Arab yang lain ke Beijing bulan ini.
Sementara itu, Perdana Menteri China mengutuk sekeras2nya tindakan pemulauan oleh Barat terhadap kerajaan HAMAS. “Demokrasi apakah ini jika mereka menolak kerajaan yang dipilih secara demokrasi ?”.
Rabu lalu, Israel memprotes duta China yang menjemput Dr Mahmoud Zahar ke Beijing.
Israel berpandangan HAMAS ialah satu organisasi pengganas walaupun mereka sebenarnya bertindak mempertahankan diri dari serangan bertali arus oleh rejim Zionis yang ganas dan kejam.