Isnin, 22/05/2006
–
Ketua Hakim Palestin, Syeikh Tayseer Al-Tamimi, pada hari Jumaat berkata Israel teruskan pembinaan tembok apartheid di Tebing Barat dan di sekitar Jerusalem tanda biadap mereka terhadap keputusan UN yang mengharamkan tembok tersebut.
Tembok tersebut merupakan taktik kotor Israel untuk merampas tanah orang Palestin dan menghalau mereka keluar dari Jerusalem dan ini akan memajoritikan penduduk Yahudi di Jerusalem termasuklah membatalkan kad identiti, mengenakan cukai yang melampau dan pemulauan.
“Dari Hague ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah menetapkan keputusan keharaman tembok itu. Sekarang saya merayu masyarakat antarabangsa, UN dan UNSC untuk menguatkuasakan keputusan itu dengan meruntuhkan tembok itu dan memaksa Israel membayar pampasan di atas kerugian yang dialami oleh rakyat Palestin”,kata beliau dalam khutbahnya di Masjid Besar Amsterdam dalam siri ceramah jemputan komuniti Islam di sana di mana beliau sampai di situ pada hari Khamis.