Isnin , 19-10-2020 – Gerombolan peneroka haram Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis pada hari Khamis pagi menodai Masjidil Aqsa di Jerusalem yang dijajah.
Menurut Jabatan Awqaf Islam, 29 peneroka haram yahudi memasuki Masjid secara berkumpulan dan mengelilingi halamannya di bawah pengawasan polis.
Sebilangan peneroka dilaporkan melakukan ritual semasa mereka berada di tempat suci Islam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Isnin , 19-10-2020 – “Saya mahu hidup bebas dan bermaruah serta hanya satu yang ingin saya sampaikan, ‘Saya mahu hidup di rumah tanpa rasa terancam,” demikian kata tahanan warga Palestin selepas melakukan mogok lapar masuk hari ke 80.
“Sejak hari pertama mogok lapar, saya tetap menolak penahanan biar sehari. Samada saya hidup bebas seperti burung atau mereka boleh letak saya di penjara atau hospital atau hukum mati itu terserah pada mereka,” kata Akhras seperti dipetik saluran satelite al-Mayadeen.
“Kami mahu kebebasan. Kami tidak mahu penghinaan mereka. Saya hanya mahu dibebaskan. Cukuplah apa yang telah berlaku pada diri saya,” tambah beliau lagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Isnin , 19-10-2020 – Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan memberitahu bahawa negaranya tidak pernah menghalang usaha negara-negara Arab untuk memulihkan hubungan dengan Israel.
Namun, dalam perbincangan tertutup dengan pegawai dari Kesatuan Eropah di Brussels yang diadakan baru-baru ini, Farhan menegaskan bahawa Riyadh akan menyertai usaha tersebut hanya setelah selesai perjanjian damai antara Israel dan Palestin.
Sementara itu, pegawai Saudi berkenaan mengulangi pendirian negaranya terhadap Iran, dan menuduhnya sebagai menyokong kumpulan pengganas dan menimbulkan ancaman besar terhadap kestabilan di wilayah itu melalui program peluru berpandu dan nuklearnya.
Beliau mengatakan bahawa Arab Saudi akan terus menghadapi apa yang dianggapnya sebagai ketidakstabilan di wilayah tersebut oleh Iran.
Dalam perkara ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi atas sokongan mereka terhadap perjanjian diplomatik antara Israel dan dua negara Teluk baru-baru ini, dan mendesak Riyadh untuk juga menjalin hubungan sendiri dengan Israel.
“Kami berharap Arab Saudi juga mempertimbangkan untuk memulihkan hubungannya, dan kami ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan yang mereka perolehi dalam menjayakan Perjanjian Abraham setakat ini,” kata Pompeo. “Kami juga berharap kerajaan itu akan menggalak pihak Palestin untuk kembali berdialog dan berunding dengan Israel.”
Pompeo membuat kenyataannya di Washington ketika penampilan bersama dengan menteri luar Saudi.
Isnin , 19-10-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menyerbu rumah seorang pemuda Palestin yang cedera dan menyerang beliau dan ayahnya di bandar Kifl Hares, utara Salfit.
Datuk Bandar Kifl Hares, Isam Abu Yaqoub mengatakan tentang keganasan IOF menerobos dan menggeledah rumah Mohamed al-Asaad (seorang remaja yang cedera) serta memukulnya dan ayahnya dengan teruk.
Abu Yaqoub menambah bahawa IOF terus mengamuk di dalam rumah dan merosakkan perabot mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Isnin , 19-10-2020 – Israel telah mengeluarkan arahan menghentikan pembinaan 7 rumah milik warga Palestine, di Masafi Yatta, Selatan Hebron.
Penyelaras Komuniti Rakyat Tolak Tembok dan Permukiman di Yatta Timur dan Hebron Selatan, Ratib al-Jabour menyatakan pasukan Zionis telah menyerbu daerah al-Buwaib, Timur laut Yatta dan mengeluarkan surat arahan pemberhentian pembangunan 7 rumah milik warga Palestine.
Tujuh rumah tersebut adalah milik, Khalil Hassan Mahaniya dan dua anak lelaki, Imran Abu Sobeih, Najeeb al-Jabari dan anak lelaki dan Keluarga Abu Ajamiya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat , 16-10-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi menebang tiang elektrik di bandar Jalud, selatan Nablus, pada hari Rabu.
Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang memantau kegiatan penempatan haram di Tepi Barat utara, menyatakan bahawa peneroka haram Esh Kodesh menyusup ke wilayah timur kota Jalud dan menebang beberapa tiang elektrik kayu menggunakan gergaji elektrik.
Daghlas berkata bekalan elektrik terputus selama beberapa jam kerana serangan peneroka. Beliau menambah bahawa telah terjadi peningkatan serangan peneroka haram yang sasarkan warga Palestin dan harta benda mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Jumaat , 16-10-2020 – Seorang petani warga emas Palestin cedera di kepala setelah para pendatang Yahudi membaling batu kepada sekumpulan petani dekat kampung Na’lin di barat Ramallah pada Selasa.
Sumber tempatan menyatakan yang para pendatang membaling batu ke arah para petani dekat Tembok Apartheid di tanah perkampungan dan mencederakan seorang petani berusia 73 tahun, Khalil Umaira.
Mereka menambah yang para pendatang merosakkan tangga-tangga yang digunakan oleh para petani bagi memetik buah zaitun dan mengoyakkan penutup yang digunakan para petani.
Jumaat, 16-10-2020 – Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin di Ramallah, mengumumkan pada hari Rabu lalu bahawa 4 kematian dan 532 kes koronavirus baharu telah direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Beliau menyatakan dalam laporan epidemiologi harian koronavirus bahawa keempat-empat kematian tersebut terdiri daripada seorang warganegara berumur 57 tahun dari al-Khalil, dan seorang warganegara, 72, dari Al-Abidiya di Bethlehem, selain dua kematian di Sur Baher dan Al-Sawana di Baitulmaqdis.
Kadar sembuh koronavirus mencapai 87.6 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 11.6 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan.
Kes sembuh adalah dicatatkan seperti berikut: 103 al-Khalil, 22 Jenin, 41 Tulkarem, 6 Qalqilya, 1 Salfit, 71 Nablus, 29 Ramallah dan Al-Bireh, 93 Jericho dan Al-Aghwar, 2 Tubas, 95 Semenanjung Gaza, dan 139 di Baitulmaqdis.
Pecahan kes jangkitan baharu adalah seperti berikut: al-Khalil (60), Nablus (48), Bethlehem (32), Qalqilya (25), Ramallah dan Al-Bireh (33), Jenin (55), Jericho dan Al- Aghwar (8), Salfit (15), Tubas (18), Tulkarem (43), Semenanjung Gaza (110), pinggiran kota Baitulmaqdis (11), dan Kota Baitulmaqdis (74).
Jumaat , 16-10-2020 – Anggota parlimen Jordan, Dimah Thahbub menyatakan sikap Jordan adalah tetap konsisten berkait isu bekas tahanan, Ahlam al-Tamimi yang tidak boleh dilanggar, ditegaskan bahawa warga Jordan tidak boleh menjadi alat pertukaran.
Dalam wawancara dengan Pusat Informasi Palestina, Thahbub menyatakan sokongannya untuk memulangkan suami Ahlam, Nizar al-Tamimi ke Jordan. Ahlam sebagai warga Jordan berhak untuk tinggal bersama suaminya, selagi tidak melanggar undang-undang Jordan.
Tambahan pula Jordan ketika ini berada dalam tekanan nyata, seperti pihak Amerika terbangun dari tidur dan mengatakan selamat pagi dan biarkan kita menekan Jordan untuk menyerahkan Ahlam al-Tamimi.
Namun sikap Jordan masih terhormat, walaupun tetap perlu memperhatikan situasi dan tekanan ini.
Thahbub menegaskan bahswa warga Jordan tak boleh menjadi alat tukar. Menurutnya, setelah terjadi keputuasan pertukaran maka semua isu berkait tahanan harus juga dihapuskan sehingga mereka tidak lagi diburu secara undang-undang dan menyebabkan adanya tekanan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat , 16-10-2020 – Seramai 22 pemukim yahudi dengan kawalan ketat pasukan penjajah Israel telah menyerbu masuk ke Masjidil Aqsa. Menurut department wakaf Islam di Al-Quds, para pemukim Yahudi menyerbu masuk melalui pintu gerbang Maghoribah, salah satu pintu masuk Al-Aqsa yang berada di bawah kawalan penjajah Israel.
Mereka kemudiannya berkeliling sehingga ke pintu gerbang Babur Rahmah. Serbuan masuk ke Kompleks Masjidil Aqsa ini di lakukan oleh pemukim yahudi dengan izin pihak bekuasa Israel di Al-Quds serta mendapat kawalan dari pasukan tentera Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Khamis , 15-10-2020 – Keadaan di beberapa penjara Israel semakin panas, di tengah tindakan rasis dan menekan yang dilakukan pihak penjara Israel terhadap para tahanan Palestin.Situasi ini disebabkan langkah gerakan tahanan mendukung Maher al-Akhras yang melakukan aksi mogok lapar terbuka hari ke 79.
Pada penghujung malam, pasukan penjara Israel menyerbu ruang-ruang tahanan di penjara Ofer untuk menghentikan aksi mogok lapar yang dilakukan puluhan tahanan Palestin.
Serbuan dilakukan pasca adanya langkah tindakan membela tahanan al-Akhras dan aksi mogok lapar yang dilakukan 32 orang tahanan sebagai solidariti terthadap al-Akhras.
Pihak penjara menahan 32 tahanan yang melakukan mogok lapar dengan menempatkan mereka di sel brasingan.
Dalam pada masa yang sama unit Motsada menyerbu ruangan 10 di penjara Eishel dan memindahkan wakil tahanan ke suatu tempat yang memicu keadaan genting.
Ketua biro media tahanan, Nahid al-Fakhuri mengingatkan bahawa keadaan ‘panas’ akan masuk ke penjara Eishel disebabkan unit Motsada melakukan gangguan dan penganiayaan terhadap para tahanan dengan mengari tangan ke belakang dan meletakan mereka di lantai.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis , 15-10-2020 – Para pendatang Yahudi pada Isnin meletakkan sebiji batu yang diukir lambang Menorah Talmud di bahagian atas pintu gerbang Kota Lama al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, para pendatang yang diiringi oleh tentera rejim meletakkan sekeping batu dengan dengan lambang menorah di atasnya, ke dalam dinding pintu gerbang pasar Qazzazin di kota suci al-Khalil.
Sekumpulan pendatang telah meletakkan batu serupa di gerbang yang sama sebelum para penduduk tempatan mengalihkannya.
Khamis , 15-10-2020 – Berpuluh pelampau yang merupakan pendatang haram Yahudi bertindak mengasari dan mencederakan petani warga Palestin dari bandar Burqa, timur Ramallah yang sedang menuai buah Zaitun di ladang mereka.
Sumber tempatan menjelaskan bahawa lebih 50 pendatang Yahudi menyerang sekumpulan petani yang berada di ladang untuk menuai buah Zaitun yang terletak di bandar itu dengan menyembur serbuk lada dan batang kayu.
Tambah sumber itu lagi, berpuluh-puluh penduduk tempatan datang ke kawasan tersebut untuk membantu dan menolong melindungi petani menuai hasil tanaman mereka manakala anggota tentera Israel masuk campur dengan melindungi pelampau Yahudi dan menghalang penduduk tempatan dari bertindak balas menyerang balik.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Khamis, 15-10-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada hari Selasa lalu melaporkan 9 kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 serta 516 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.
Dalam satu siaran media, Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kailah memberitahu bahawa dua kematian dicatatkan di Tebing Barat dan dua kematian di Semenanjung Gaza. Kesemua mereka menderita penyakit kronik.
Beliau juga menyatakan bahawa 443 jangkitan baharu dicatat di Tebing Barat dan 73 di Semenanjung Gaza.
Menteri berkenaan juga memberitahu bahawa terdapat 41 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 7 yang ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.
Kailah menjelaskan bahawa jumlah jangkitan yang didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan telah mencapai 56,467, termasuk 49,332 yang telah pulih dan 459 kematian.
Khamis , 15-10-2020 – Sumber media Israel mendakwa Bahrain bersedia mengirim kapal kargo pertama dari Pelabuhan Khalifah bin Salman ke Pelabuhan Haifa yang terletak di Palestin Utara, di bawah jajahan Israel.
Ketua Syarikat MSC Israel, Edni Samkin di petik berkata “Pengurusan tertinggi Pelabuhan dan laut Bahrain memberi perhatian besar untuk usaha mengukuhkan hubungan kerjasama dengan Israel”
Bahrain di laporkan sedang menyiapkan pengiriman kapal pertamanya ke Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar