Categories
Berita Semasa

Israel penjarakan semula aktivis Baitul Maqdis selepas dibebaskan

Rabu, 06-05-2020 – Pihak berkuasa pendudukan Israel telah menahan semula aktivis Baitulmaqdis, Mihad Zagheer, 42, selepas dibebaskan dari penjara Gilboa.

Jawatankuasa Keluarga Tahanan Baitulmaqdis berkata, pihak berkuasa pendudukan Israel telah menahan semula Zagheer selepas beliau selesai dipenjarakan selama 35 bulan tetapi telah ditahan semula setelah beliau meninggalkan Gilboa.

Zagheer ditahan pada 5 Jun, 2017 setelah kembali dari trip Umrah di Arab Saudi. Mahkamah Israel telah menjatuhkan hukuman penjara dan denda sebanyak 10’000 Shekel atas tuntutan palsu oleh pihak pendakwaan Israel yang menuduh beliau memegang jawatan tertinggi didalam sebuah organisasi Pemuda Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Likud memfailkan bil Knesset untuk menguasai Palestin

Rabu, 06-05-2020 – Ahli Golan (Likud) pada Ahad menyerahkan bil menyeru penekanan penguasaan Israel ke atas Lembah Jordan, utara Laut Mati dan Tebing Barat.

Menurut Saluran 7 Israel, menteri ekonomi dan ahli Knesset Eli Cohen (Likud) turut menyertai inisiatif itu dan menyatakan sokongannya.

“Ini merupakan kawasan politik, keselamatan dan asset ekonomi, dan terdapat ribuan zionis Israel dan perintis sebenar yang merupakan sebahagian penting Israel,” Golan mendakwa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin cedera ditembak Israel di kem penempatan Aqabat Jabr.

Rabu, 06-05-2020 – Seorang pemuda Palestin cedera selepas tentera rejim Israel melepaskan tembakan ke arahnya. Kejadian berlaku di kem penempatan pelarian Aqabat Jabr, selatan bandar Jericho, Tebing Barat.

Menurut kata saksi, seorang pemuda cedera terkena peluru di salah satu belah kakinya selepas seorang anggota tentera rejim melepaskan tembakan ke arahnya ketika mangsa berada berdekatan tanah perkuburan yang terletak di selatan kawasan kem tersebut.

Pemuda itu telah pergi segera ke hospital bagi mendapatkan bantuan perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu Qalandiya, Tembak Gas Pemedih Mata

Rabu, 06-05-2020 – Konfrontasi ganas meletus pada pagi Isnin ketika tentera zionis (IOF) menyerbu kem pelarian Qalandiya di utara Jerusalem yang dijajah dan menyerang penduduk Palestin dengan gas pemedih mata dan bom tangan kejutan.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera IOF dalam jumlah besar menyerbu kem pelarian Qalandiya pada awal pagi dan menembak gas pemedih mata dan bom tangan kejutan ke arah rumah Palestin.

Sementara itu, IOF menutup Pusat Pemeriksaan Kontena antara kawasan selatan Tebing Barat dan bandar al-Ezariya di sebelah timur Jerusalem yang menghalang pergerakan warga Palestin.Pusat Pemeriksaan Kontena, yang dibangun di atas tanah Palestin yang dirampas dari kampung as-Sawahira ash-Sharqiya, merupakan satu-satunya jalan untuk kenderaan Palestin yang melintas di antara Ramallah, Jerusalem, Bethlehem dan al-Khalil sejak pembangunan tembok apartheid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tiada Kes Baru Corona di Semenanjung Gaza

Rabu, 06-05-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan petang Isnin (4/5) tidak ada kes baru akibat virus Corona di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qidra dalam pernyataanya mengatakan, laboratorium Pusat di Jalur Gaza telah melakukan 339 ujian saringan dan semuanya negatif. Namun beliau menyebutkan, sejumlah besar sampel masih dalam pemeriksaan.
Kementeriannya dalam hal ini akan menamatkan kuarantin terhadap 250 warga yang baru kembali ke Semenanjung Gaza berdasarkan SOP yang telah ditetapkan untuk mengawal penyebaran pendemik terhadap warga yang dalam keadaan sihat.

Beliau menjelaskan, kementeriannya ketika ini sedang dalam proses pengaturan prosedur untuk menamatkan tempoh kuarantin 362 kes baru dalam beberapa jam lagi setelah menyelesaikan ujian laboratorium yang diperlukan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Musnahkan Fasiliti Pertanian Palestin di Lembah Jordan

Rabu, 06-05-2020 – Pasukan rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah merobohkan empat fasiliti pertanian Palestin di kampung al-Jiftlik di utara Lembah Jordan.

Sumber tempatan mengatakan bahawa rejim Zionis menyerbu kawasan al-Aqaba di kampung tersebut dan telah merobohkan bangunan pertanian milik warga Palestin Murad Jaber.

Proses merobohkan tersebut telah berlaku sehari setelah mahkamah Israel menolak petisyen yang difailkan oleh peguam Jaber untuk membantah perintah tentera Israel untuk merobohkan bangunan beliau.

Rejim Zionis seterusnya telah memusnahkan telaga air, gudang dan kolam di kawasan yang sama.

Berdasarkan keputusan Israel yang baru, warga Palestin yang menerima perintah perobohan tidak diberi tempoh masa yang cukup untuk memfailkan petisyen, bahkan mengosongkan bangunan mereka yang terlibat.

Kerajaan Israel sedang bersiap sedia untuk menyita ribuan dunum tanah pertanian di Lembah Jordan sebagai persiapan untuk menambah sepenuhnya penempatan Tebing Barat ke tanah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyekat jalan utama di bandar Kafr Malik Tebing Barat

Rabu, 06-05-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Sabtu menyekat kemasukan utama ke bandar Kafr Malik di timur Ramallah.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel mendirikan pusat pemeriksaan ketenteraan menuju ke bandar dan menghalang kenderaan Palestin daripada keluar masuk.

IOF telah mempertingkatkan langkah ketenteraan sekitar bandar itu baru-baru ini dan mendirikan pusat pemeriksaan di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

PPS: 12 wartawan Palestin masih berada di penjara Israel.

Rabu, 06-05-2020 – Ketika seluruh dunia menyambut Hari Kebebasan Media, rejim Israel masih terus menahan 12 wartawan Palestin di penjaranya dalam keadaan yang ditekan teruk.

Di antara mereka yang paling lama ditahan adalah Mahmud Isa, di tahan selama tiga kali umur hidup atau 45 tahun, Basem Khendoggi (tiga kali umur hidup), Munther Mefleh (30 tahun) dan Ahmad Saifi (17 tahun), demikian kata Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

“Pihak rejim mengamalkan dasar menangkap wartawan dan aktivis dalam usaha melemahkan peranan mereka di bidang sosial, budaya dan politik serta mencegah mereka dari mendedahkan perbuatan jenayah pihak rejim,” kata PPS dalam kenyataannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap 3 warga Palestin serta merampas peralatan pertanian mereka di Tebing Barat

Selasa, 05-05-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik tiga warga Palestin dan merampas peralatan pertanian mereka di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menangkap pemuda Palestin, Diaa al-Zamel dan Ezzat Awwad di bandar Awarta, selatan Kota Nablus, dan memindahkan mereka ke penempatan Yahudi yang berdekatan, Itamar.

Warga Palestin ketiga yang identitinya belum diketahui ditangkap berdekatan tembok pemisah di kampung Fir’oun di selatan Bandar Tulkarem. Tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai kejadian itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Ancam Robohkan Dua Kediaman Warga Palestin di Salfit

Selasa, 05-05-2020 – Rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah mengeluarkan notis untuk merobohkan  dua rumah warga Palestin di kampung Qarawat Bani Hassan di daerah Tebing Barat Salfit.

Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis telah mengarahkan warga Palestin Abed al-Hakim Mar’i dan Yasin Nabil untuk merobohkan kediaman mereka yang sedang dalam pembinaan di wilayah timur dan utara Qarawat Bani Hassan.

Sementara itu, rejim Zionis juga telah menyerang petani dan gembala Palestin di kawasan barat kampung tersebut dan memaksa mereka keluar dari ladang mereka yang bersebelahan dengan penempatan Yahudi yang dibina di atas tanah Palestin yang dirampas dari kampung tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Sawafta mengecam trend terbaru normalisasi Israel

Isnin, 04-05-2020 – Pegawai Hamas, Fazea’ Sawafta mengecam sekeras-kerasnya normalisasi hubungan negara haram Israel bersama dunia Arab pada hari rabu yang lalu. 

Menurut Sawafta didalam sebuah kenyataan media, beliau mengecam tindakan yang mencurigakan itu yang dibuat oleh beberapa negara, kumpulan dan persatuan Arab untuk menjalin hubungan yang akrab dengan Israel yang secara terang-terangan mengabaikan penderitaan rakyat Palestin selama ini. 

Kami tidak dapat menerima normalisasi dengan musuh yang menduduki dan mencuri tanah kami dan tinggal disana seperti barah di dalam bangsa Arab,” tambahnya.

Pegawai Hamas mendesak orang Arab untuk menentang gerakan normalisasi di negara mereka dengan apa cara sekalipun dan meminta untuk mendedahkan kejahatan Israel dan meningkatkan kesedaran mengenai perjuangan Palestin terutama di kalangan anak muda. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Empat warga Palestin diculik oleh IOF di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis

Isnin, 04-05-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada malam semalam dan waktu subuh menculik empat warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan di Baitulmuqaddis, polis rejim menculik Mohamed Attoun, anak lelaki ahli parlimen Ahmed Attoun, dari rumahnya di kota suci itu.

Di al-Khalil, IOF menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Mohamed Aslimia dari rumahnya di bandar Idhna.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Institusi, Tokoh, Gesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa Siasat Jenayah Israel

Isnin, 04-05-2020 – Lebih dari 180 gabungan, organisasi, dan tokoh hak asasi manusia Palestin serantau dan antarabangsa telah menggesa Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Fatou Bensouda, untuk menyiasat jenayah perang dan kezaliman terhadap kemanusiaan di Palestin yang dilakukan oleh Israel.

Dalam surat bersama kepada Ketua Pendakwa ICC berkenaan, pihak-pihak tersebut menyatakan sokongan mereka terhadap kesimpulan Pendakwa tersebut yang telah diserahkan ke Kamar Pra-Perbicaraan ICC.

“Memandangkan keadaan kekebalan yang semakin menjadi-jadi dan telah berleluasa lebih dari lima dekad di kawasan terjajah Palestin, kami menggesa supaya pelaku jenayah perang dan kejahatan terhadap kemanusiaan yang dilakukan di Palestin harus dibawa ke pengadilan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” menurut surat tersebut.

Pada 20 Disember 2019, setelah hampir lima tahun melalui proses siasatan awal, Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengemukakan permohonan kepada Kamar Pra-Perbicaraan untuk mendapatkan keputusan mengenai bidang kuasa Mahkamah tersebut di Palestin yang menunjukkan bahawa “jenayah perang telah atau sedang dilakukan di Tebing Barat, termasuk di timur Baitulmaqdis, dan Semenanjung Gaza”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Aktivis media Sosial menuntut pembebasan Mohamed Hasan

Khamis, 30-04-2020 – Pada petang Ahad sekumpulan aktivis Palestin melancarkan kempen media sosial sebagai menyokong pelajar Universiti Birzeit Mohamed Hasan, yang menderita akibat coronavirus di pusat tahanan al-Moskobiya di Baitulmuqaddis.

Kempen ini bertujuan menuntut pembebasan Hasan bagi beliau mendapatkan rawatan kesihatan yang

Hasan, setiausaha jawatankuasa kewangan kesatuan pelajar di Universiti Birzeit telah diculik dari kediaman beliau pada Rabu lepas, 22 April di Deir Sudan utara Ramallah. Tentera rejim zionis turut menculik pelajar-pelajar Birzeit yang lain pada hari yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sheikh Sabri beri amaran kepada pelampau Yahudi yang mencemarkan Masjid Aqsa

Khamis, 30-04-2020 – Sheikh Ekrima Sabri seorang pendakwah Masjid al-Aqsa telah memberi amaran kepada pihak berkuasa pendudukan Israel jika mereka membuka pintu al-Maghariba di masjid tersebut, pintu yang lain juga akan dibuka kepaada puluhan ribu jemaah Muslim.

Sheikh Sabri membuat pernyataan tersebut setelah penjajah Israel mengambil kesempatan dari krisis pandemik virus Corona untuk mencemari masjid al-Aqsa melalui pintu al-Maghariba.

Namun, Sheikh Sabri memberi jaminan kepada penduduk setempat bahawa pintu masjid al-Aqsa akan kekal ditutup dan pelaksanaan solat bagi pekerja dikawasan suci tersebut tidak akan terhenti ketika krisis virus Corona ini. 

“Kami sangat menghargai kasih sayang masyarakat terhadap al-Aqsa dan kami tahu keputusan untuk menutup pintu-pintu di masjid ini adalah satu keputusan yang amat pedih untuk diterima tetapi penjagaan kesihatan ketika pandemik virus Corona ini adalah asbab untuk kami berbuat demikian,” kata ulama Palestin itu. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi