Categories
Berita Semasa

Tentera Israel tangkap rakyat Palestin yang dituduh melakukan tembakan

Isnin , 10-05-2021 – Tentera Israel dan keselamatan Shin Bet berkata bahawa mereka telah menahan seorang suspek yang merupakan rakyat Palestin dalm operasi menembak di Tebing Barat baru-baru ini .

Menurut pihak media Hebrew, tentera dan pegawai Shin Bet telah melakukan serbuan di sebuah bangunan di desa Silwad di Ramallah utara dan menangkap Muntaser Shalaby berusia 44 tahun dari kampung Turmus Ayya.

Shalaby dilaporkan telah mengalami kecederaan semasa operasi penangkapan ini dilakukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada mohd sayuti

Categories
Berita Semasa

Pertempuran Di Tebing Barat, Seorang Remaja Maut

Isnin , 10-05-2021 – Seorang remaja Palestin maut ditembak tentera Israel di perkampungan Odala, selatan Nablus, Tebing Barat pada petang Rabu.

Menurut Pertubuhan Bulan Sabit Merah, remaja berusia 16 tahun, Sa’eid Odeh mengalami cedera parah ketika diculik tentera Israel sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Palestin dalam keadaan tidak bernyawa.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan lain turut memberitahu, seorang lagi mangsa tembakan di bahagian belakang sempat dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : huzaifah

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin Diculik Rejim Zionis Dalam Tempoh Semalaman Di Tebing Barat Dan Jerusalem

Isnin , 10-05-2021 – Rejim Zionis telah menculik ramai warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem semalam dan pada waktu subuh hari Rabu.

Menurut sumber setempat, rejim berkenaan memperhebat serangan di kediaman dan mendirikan puluhan pusat pemeriksaan sementara di pelbagai daerah di Nablus dan Ramallah sebagai sebahagian daripada usaha memburu warga Palestin yang melakukan operasi menembak Ahad lalu di Tebing Barat.

Di Ramallah, Rejim Zionis menyerbu kota Turmus Ayya dan menculik Sana ash-Shalabi dari rumahnya, tetapi dibebaskan kemudian setelah disoal siasat selama beberapa jam. Anaknya Ahmed, yang diculik pada hari Selasa, masih berada dalam tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : neina mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF memusnahkan rumah warga Palestin atas alasan terlibat dengan penembakan Ahad

Isnin , 10-05-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Khamis menyerbu kampung Turmus Ayya di Ramallah dan mengambil tindakan ke atas rumah milik seorang tahanan Palestin, yang dituduh melakukan tembakan pada Ahad di Tebing Barat.

Menurut laman web Hebrew Walla, tentera daripada unit kejuruteraan tentera menyasarkan rumah tersebut untuk dimusnahkan.

Tentera rejim zionis dan perkhidmatan keselamatan Shin Bet telah menahan suspek pada Selasa rentetan kejadian tembakan di Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serbu Humsa Al-Fawqa, Dataran Al-Buqi’ di Lembah Jordan

Isnin , 10-05-2021 – Rabu lalu rejim Zionis telah menyerbu perkampungan Khirbet Humsa al-Fawqa dan Sahl al-Buqi’a di Lembah Jordan utara.

Moataz Bisharat, pegawai yang bertanggung jawab atas fail Lembah Jordan di Tubas, mengatakan bahawa lima kenderaan tentera unit pentadbiran dan organisasi rejim ZIonis telah menyerbu perkampungan tersebut sementara tentera Zionis meninjau kawasan tanah dan membandingkannya dengan peta yang mereka bawa.

Bisharat menambah bahawa Zionis juga masuk ke Dataran Al-Buqi’a, dan kemudianmya menuju ke desa Atouf pula.

Perkampungan Khirbet Humsa al-Fawqa adalah salah satu kawasan penting yang ingin dikawal oleh penjajahan. Ini telah menyebabkan kesusahan getir bagi penduduknya, terutama setelah mereka menghadapi 11 pengusiran dalam tempoh empat tahun terakhir atas alasan latihan ketenteraan Israel.

Penduduk mengalami gangguan setiap hari oleh rejim Zionis dan peneroka haram, termasuk penyitaan traktor pertanian dan ternakan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Wartawan ditahan mogok lapar di penjara Israel buat hari ke-15

Isnin , 10-05-2021 – Wartawan yang ditahan, Alaa al-Rimawi pada hari Rabu meneruskan mogok laparnya yang tiada tarikh akhir untuk hari ke-15 berturut-turut sebagai membantah penahanan pentadbiran tanpa pendakwaan atau perbicaraan oleh pihak penceroboh Israel. Rimawi ditahan setelah rumahnya diserbu pada 21 April lalu. Sebaik ditahan, dia memaklumkan keluarganya yang dia akan melakukan mogok lapar.

Dia ditahan di Pusat Tahanan Etzion, utara al-Khalil, dan telah disoal siasat oleh pegawai risikan pihak penceroboh berkenan kerja kewartawanannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : amrul azmi mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas: Serangan polis di Sheikh Jarrah menggambarkan kebiadaban Israel

Isnin , 10-05-2021 – Gerakan Hamas mengecam serangan dan intimidasi yang dilakukan oleh peneroka dan tentera Israel terhadap penduduk Jerusalem di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah malam tadi.

Dalam kenyataan media pada Selasa, jurucakap Hamas Abdul-Latif al-Qanu menggambarkan apa yang terjadi  di Sheikh Jarrah adalah cerminan dari kebiadaban Israel.

Beliau turut menegaskan bahawa sikap agresif Israel yang berterusan terhadap penduduk Sheikh Jarrah dan percubaan mereka untuk mengusir penduduk dari kediaman mereka akan “menyebabkan peningkatan konflik dengan pendudukan sekaligus akan menguatkan keteguhan penduduk Jerusalem untuk menggagalkan rancangan Israel.”

Pasukan polis Israel telah menangkap dan menyerang rumah penduduk tempatan dan aktivis di Sheikh Jarrah malam tadi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada mohd sayuti

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram membakar tanah , pohon zaitun di bandar Burin.

Isnin , 10-05-2021 – Segerombolan peneroka haram yahudi telah membakar kawasan dan pohon pohon zaitun di bahagian timur bandar Burin, di selatan Nablus di kawasan penaklukan Tebing Barat.Datuk Bandar Burin, Nidal Jamil berkata api memusnahkan beberapa kawasan pertanian dan juga pohon pohon zaitun di dalam kawasan bandar. Jamil juga menuduh peneroka haram dari pos kawalan Givat Ronen berhampiran penempatan haram Har Bracha yang telah mendalangi kegiatan jenayah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melancarkan penangkapan secara besar-besaran di Tebing Barat.

Isnin , 10-05-2021 – Rejim zionis telah melancarkan penangkapan di pelbagai kawasan di Tebing Barat, yang tertumpu di kampung Jaloud, selatan Nablus bermula hari Ahad malam sehingga waktu subuh Isnin.

Mereka turut menyerbu beberapa buah kampung untuk mencari pelaku operasi yang telah menembak seorang komando berhampiiran pusat pemeriksaan Za’tara.

Sumber tempatan melaporkan bahawa rejim Zionis telah menyerbu Jaloud dan menangkap seramai 11 orang rakyat Palestin, bertepatan dengan serangan yang dilakukan oleh peneroka Yahudi yang telah membakar ladang di kampung mereka.

sumber : http://english.palinfo.co
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

13 kematian, 718 kes baru corona di Palestin dalam tempoh 24 jam

Jumaat,07-05-2021 – Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin, mengumumkan pada Selasa bahawa terdapat 13 kematian, 718 kes baru coronavirus dan 1,502 yang sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Kailah mengesahkan dalam laporan harian coronavirus bahawa 6 kematian dilaporkan di Tebing Barat, Jenin 1, Ramallah dan Al-Bireh 1, pinggiran Baitulmuqaddis 1, Tulkarem 1, dan Nablus 2, dan juga 7 kematian di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, taburan jangkitan baru adalah seperti berikut: Jenin 44, Tulkarem 24, Nablus 66, al-Khalil 50, Salfit 9, Qalqilya 8, Ramallah dan Al-Bireh 48, pinggiran Baitulmuqaddis 3, Bethlehem 5, Tubas 2, Jericho dan Al-Aghwar 1, dan Semenanjung Gaza 458.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pasukan Israel Serang Jemaah Solat di Pintu Gerbang Asbat Di al-Quds

Jumaat,07-05-2021 – Pada Isnin (3/5/2021) malam, pasukan penjajah Israel menyerang sejumlah jamaah yang ingin menunaikan solat berdekatan pintu Asbat di al-Quds yang diduduki penjajah Israel.

Para saksi melaporkan bahawa pasukan penjajah Israel menahan sejumlah jamaah dan diperiksa ketika mereka masuk untuk melaksanakan solat melalui pintu Asbat menuju Masjid al-Aqsha yang menyebabkan pertembungan antara jamaah dengan pasukan penjajah Israel.

Keadaaan ini terjadi dalam suasana serangan Zionis yang sedang berlangsung terhadap warga Palestin di al-Quds yang meningkat frekuensinya sejak awal bulan Ramadhan.

Perhimpunan “Eropah untuk al-Quds” (Europeans for al-Quds) sebelumnya melaporkan bahawa otoriti penjajah Israel telah meningkatkan serangan mereka di kota al-Quds sepanjang bulan April 2021, ketika mereka berusaha untuk memaksakan fakta baru di daerah Gerbang al-Amud yang mengarah ke Kota Tua dan Masjid Al-Aqsha.

Laporan ini menunjukkan bahawa pasukan penjajah Israel melakukan 1080 pelanggaran yang mencakupi 14 jenis pelanggaran hak asasi manusia. Pelanggaran yang paling tinggi adalah penangkapan (23,1%) disusuli serangan yang mengakibatkan kecerderaan (18,2%), pemukulan (16,7%) serta penyerbuan dan pelanggaran (15,6%).

Laporan ini memantau ada 71 kes tembakan dan serangan terus oleh tentera Israel di perkampungan al-Quds.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin Cedera Dalam Serangan Peneroka di Tebing Barat

Jumaat,07-05-2021 – Segerombolan peneroka ekstremis Yahudi telah menyerang warga Palestin dan harta tanah di kawasan berlainan di Tebing Barat.

Menurut sumber setempat, sekumpulan peneroka telah melempar batu ke arah kereta seorang warga Palestin yang dalam perjalanan berhampiran Kampung Burin di selatan Nablus.

Mohamed Najjar berkata dia bersama keluarganya menaiki kereta berkenaan ketika peneroka menyerang, sambil menambah bahawa mereka telah meletakkan paku di atas jalan dalam usaha untuk menterbalikkan keretanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Rampas Tanah, Roboh Bangunan Di Bethlehem

Jumaat,07-05-2021 – Bethlehem: Rejim Zionis merampas sebahagian besar tanah selain merobohkan sebuah bengkel kereta di Bethlehem pada Selasa.

Pengarah Pejabat Pihak Berkuasa Penentangan Tembok dan Penempatan, Hassan Brijieh memberitahu, tanah rampasan seluas 1000 meter persegi itu bertempat di daerah Baqa’a Basin 1, berhampiran kem tentera di utara pintu masuk bandar Tuqu.

Rampasan tersebut dikatakan berlaku untuk meluaskan kem tentera Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Ramai penduduk Jerusalem cedera, selebihnya ditahan polis di Sheikh Jarrah

Jumaat,07-05-2021 – Sekurang-kurangnya 20 orang penduduk Palestin mengalami kecederaan pada malam hari Isnin apabila pasukan polis Israel menyerang rumah-rumah dan peserta demonstrasi aman yang diadakan di timur Jerusalem di kejiranan Sheikh Jarrah.

Pihak Bulan Sabit Merah berkata krew ambulan menyediakan bantuan perubatan untuk 20 orang penduduk dan memindahkan sebahagian mereka ke hospital setelah pasukan polis menyerang penunjuk perasaan dan secara kasar menggeledah rumah-rumah di Sheikh Jarrah.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis turut menyembur air busuk ke arah penunjuk perasaan dan rumah-rumah di Sheikh Jarrah dan menghujani mereka dengan gas pemedih mata dan bom pegun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 orang pendatang mencemarkan dataran Masjid Al-Aqsa

Jumaat,07-05-2021 – Puluhan pendatang Yahudi menceroboh dataran Masjid Al-Aqsa pada Ahad. Jabatan Waqaf Islam di Baitulmuqaddis melaporkan bahawa 103 orang pendatang menyerbu Masjid Al-Aqsa ketika melakukan pencerobohan yang menjadi rutin harian mereka itu.

Ia menyatakan bahawa para pendatang tersebut menceroboh bermula dari pintu Magharabeh dalam kumpulan dengan perlindungan polis rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati